Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Komitmen terus perjuangkan pembangunan infrastruktur luar bandar melalui RTP
  • WILAYAH

Komitmen terus perjuangkan pembangunan infrastruktur luar bandar melalui RTP

Utusan Sarawak 15 hours ago
ADUN Krian, Friday Belik hadir pada Program Hari Bersama Pelanggan anjuran Majlis Daerah Saratok di Rumah Joseph Ayu, Ulu Sungai Galah, Ulu Krian. Foto Pusat Khidmat ADUN Krian

KRIAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik menegaskan komitmennya untuk terus memperjuangkan pembangunan infrastruktur luar bandar melalui pelaksanaan projek Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di kawasan beliau.

Beliau telah hadir merasmikan projek menaik taraf jalan masuk ke Rumah Panjang Joseph Ayu, Ulu Sungai Galah, Ulu Krian yang dilaksanakan dengan kos RM150,000. 

Projek itu katanya merupakan sebahagian daripada inisiatif RTP yang memberi fokus kepada penyediaan infrastruktur asas demi kesejahteraan masyarakat luar bandar.

Beliau berkata, penyediaan jalan yang lebih baik adalah keperluan utama penduduk rumah panjang kerana ia memudahkan pergerakan harian, termasuk menghantar hasil pertanian ke pekan Saratok, selain menjamin keselamatan penduduk.

“Kerajaan negeri melalui RTP akan terus memberi tumpuan kepada projek-projek berskala kecil tetapi memberi impak besar kepada rakyat. Jalan raya, bekalan air, elektrik dan kemudahan asas lain menjadi keutamaan dalam usaha membangunkan kawasan luar bandar,” katanya.

ADUN Krian, Friday Belik hadir pada Program Hari Bersama Pelanggan anjuran Majlis Daerah Saratok di Rumah Joseph Ayu, Ulu Sungai Galah, Ulu Krian. Foto Pusat Khidmat ADUN Krian

Apabila siapnya projek menaik taraf jalan masuk tersebut, ia menjadi bukti jelas bahawa usaha pembangunan luar bandar di bawah RTP terus diberi perhatian serius, selaras dengan aspirasi kerajaan negeri untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di kawasan pedalaman.

Perasmian projek tersebut diadakan bersempena Program Hari Bersama Pelanggan anjuran Majlis Daerah Saratok (MDS). 

Program itu turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) Saratok yang memberi ceramah keselamatan jalan raya, manakala MDS pula menyampaikan penerangan mengenai peranan dan fungsi mereka.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Setiausaha MDS, Mc Crea Joseph Pererra; Penguasa Tanah dan Survei Betong, Morris Nayup; Pengetua SMK Saratok, Beritin Empawie; Penghulu Anyum Kinyih; tuai-tuai rumah; ahli-ahli majlis serta penduduk tempatan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pesta Besaug, perasmian CENTEXS Dalat pada 31 Oktober depan
Next: Laluan pendakian Bukit Kasut di Taman Negara Niah ditutup sementara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.