PEMINAT Paris Saint-Germain di Marseille harus tetap bersikap rendah diri pada ketika mungkin menjadi malam terhebat kelab mereka, yang menurut polis tempatan pada hari Khamis bahawa mereka akan melarang pemakaian kemeja kelab tersebut di beberapa kawasan semasa final Liga Juara-Juara.
PSG berdepan Bayern Munich di Lisbon pada petang Ahad, berusaha untuk menjadi satu-satunya pemenang dari Perancis, kedua selepas Marseille,yang menang dengan kontroversi pada 1993.
polis tempatan di Bouches-du-Rhone mengesahkan pada Khamis pihaknya akan menguatkuasakan larang tersebut bermula dari jam 3.00 petang pada Ahad hingga 03.00 pagi Isnin, waktu tempatan.
“kehadiran penyokong PSG atau orang-orang yang menghadirkan diri dan berperilaku seperti itu” di sekitar perlabuhan lama dan bersejarah, di mana banyak bar menyiarkan perlawanan tersebut secara lansung.
Ketegangan antara peminat kedua-dua kelab begitu kuat sehingga kementerian dalam negeri Perancis mengeluarkan larangan perjalanan untuk peminat ketika kelab bertemu dan polis secara sistematik menangkap peminat yang memakai baju PSG di stadium Velodrome Marseille.
Polis mengatakan “ada permusuhan yang kuat daripada sebahagian penduduk Marseilles, penyokong atau tidak, terhadap pasukan PSG, yang bertentangan dengan semangat sukan apa pun”.
Perintah itu dilaksanakan susulan insiden semasa siaran separuh akhir petang Selasa yang mana PSG menewaskan RB Leipzig.
Polis berkata perhimpunan lebih dari 250 orang berlaku di Marseille dan terdapat dua serangan terhadap orang yang memakai kemeja PSG, dan “cubaan untuk memprovokasi mereka untuk mengganggu penyiaran pertandingan”. AFP