Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RMK13: Libat urus awam di Kuching platform suara rakyat Sarawak
  • TEMPATAN

RMK13: Libat urus awam di Kuching platform suara rakyat Sarawak

Utusan Sarawak 14 hours ago
AHLI Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin berucap merasmikan Sesi Libat Urus Awam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) peringkat Kuching di Pusat Khidmat Rakyat P198 Puncak Borneo, hari ini. Foto: Adele Rissa

KOTA PADAWAN: Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan (INPUMA), Universiti Malaya meneruskan siri libat urus awam berkaitan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dengan penganjuran sesi peringkat Kuching hari ini.

Program berkenaan dirasmikan Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin di Pusat Khidmat Rakyat P198 Puncak Borneo, dengan kehadiran Pengarah Eksekutif INPUMA, Datuk Dr Anis Yusal Yusoff bersama pasukan penyelidik.

Dalam ucapannya, Datuk Willie berkata sesi libat urus awam merupakan langkah penting bagi memastikan suara rakyat Sarawak tidak diketepikan dalam penyediaan dasar pembangunan negara.

“Sebagai wakil rakyat, saya sedar tentang harapan masyarakat untuk menikmati kehidupan yang berkualiti. 

“Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa terbuka mendengar suara rakyat, sekali gus menyusun program mengikut keperluan rakyat dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau menegaskan, libat urus awam yang dianjurkan INPUMA ini diyakini mampu menjadi jambatan yang menghubungkan rakyat dengan kerajaan.

“Usaha menyediakan program dan dasar mesra rakyat adalah tunjang demokrasi kerajaan MADANI. 

“Ia usaha yang dinamik dan berterusan, sebab itu kita memerlukan sesi libat urus seperti ini. Input daripada rakyat amat berharga untuk dirangka sebagai dasar jangka panjang negara,” ujarnya.

Datuk Willie turut menggesa peserta agar memanfaatkan sesi tersebut dengan memberi pandangan yang bernas.

“Gunakan kesempatan ini untuk memberi input yang bersifat dasar agar pasukan penyelidik INPUMA dapat membawa suara anda kepada kerajaan, khususnya Kementerian Ekonomi. 

“Saya percaya RMK13 akan menjadi kesinambungan penting dalam meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat,” tambahnya.

KETUA masyarakat termasuk kapitan hadir memberikan pandangan dan cadangan pada sesi libat urus awam RMK13 di Kuching. Foto: Adele Rissa

Beliau juga menzahirkan penghargaan kepada INPUMA kerana memilih Kuching dan Puncak Borneo sebagai lokasi persinggahan siri libat urus. 

RMK13 yang diluncurkan pada 31 Julai lalu menggariskan pelbagai dasar dan inisiatif bagi meningkatkan sosioekonomi dan kesejahteraan rakyat. 

Sesi Kuching ini merupakan kesinambungan siri libat urus yang telah berlangsung di Sandakan, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Alor Setar, Bayan Baru dan Miri semalam.

Oleh Adele Rissa

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak gubal pelan induk pengurusan sisa komprehensif, sasar kelestarian 2050
Next: PSEA ke-12 platform kukuhkan tadbir urus alam sekitar Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.