Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Banjir di Bali ragut dua nyawa, ratusan terjejas
  • GLOBAL

Banjir di Bali ragut dua nyawa, ratusan terjejas

Utusan Sarawak 1 day ago
PENDUDUK meredah banjir di kawasan kejiranan mereka selepas hujan lebat melanda Denpasar, pulau Bali, Indonesia, hari ini. Foto: AFP

JAKARTA: Banjir besar meragut dua nyawa dan menjejaskan ratusan penduduk di pulau peranginan Bali selepas hujan lebat semalaman, menurut agensi bencana Indonesia pada Rabu.

Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) memaklumkan banjir melanda daerah Jembrana, Gianyar, Tabanan dan Klungkung serta ibu kota wilayah itu, Denpasar.

Di Jembrana, seramai 200 orang terjejas, manakala 432 lagi di Klungkung, kata jurucakap BNPB Abdul Muhari dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa pengumpulan data di kawasan lain masih dijalankan.

Agensi itu turut memberi amaran bahawa Bali masih berisiko mengalami hujan sederhana hingga lebat dengan angin kencang, dan menggesa penduduk supaya berwaspada terhadap banjir, tanah runtuh serta bahaya lain.- Bernama

Continue Reading

Previous: Japan Airlines terima amaran kedua akibat juruterbang mabuk
Next: Pengerusi Oracle, Larry Ellison kini manusia paling kaya di dunia atasi Elon Musk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.