
MIRI: Sijil rasmi Taman Warisan ASEAN (AHP) bagi Taman Negara Bako dan Taman Negara Bukit Lambir akan disampaikan pada November depan
Menurut kenyataan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) hari ini, Taman Negara Bako dan Taman Negara Bukit Lambir telah berjaya dicalonkan sebagai AHP.
Penyampaian sijil itu nanti akan dilaksanakan pada Persidangan Taman Warisan ASEAN Kelapan di Wilayah Quang Ninh, Vietnam.

Katanya, dengan pencapaian ini, Sarawak kini mempunyai tiga tapak AHP iaitu Taman Negara Gunung Mulu yang telah diiktiraf (AHP) pada 29 November 1984, Taman Negara Bako dan Taman Negara Bukit Lambir.
Pengiktirafan ini meraikan keunikan biodiversiti, ekosistem istimewa, serta komitmen padu Sarawak terhadap pemuliharaan alam sekitar, jelasnya lagi.
Justeru itu, kejayaan ini sekali gus meletakkan taman negara Sarawak antara kawasan perlindungan paling berharga di rantau ASEAN.
Oleh Adum Liu