Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • ChoA Crayon pop umum hamil anak kembar selepas pulih kanser serviks
  • GLOBAL

ChoA Crayon pop umum hamil anak kembar selepas pulih kanser serviks

Utusan Sarawak 2 days ago
ChoA tak sangka dia masih boleh hamil selepas menhidap kanser rahim sebelum ini.

SEOUL: Bekas anggota kumpulan K-pop Crayon Pop, ChoA, mengumumkan bahawa beliau kini sedang hamil anak kembar, empat tahun selepas mendirikan rumah tangga dan dua tahun selepas pulih daripada kanser serviks.

Perkongsian berita gembira itu dibuat menerusi media sosial pada 5 September lalu, di mana ChoA menulis:

“Kehidupan berharga yang telah lama kami nantikan akhirnya datang kepada kami,”

ChoA berkahwin dengan seorang individu bukan selebriti pada tahun 2021. Namun, dua tahun selepas berkahwin, beliau disahkan menghidap kanser serviks.

Menurutnya, beberapa hospital universiti memaklumkan bahawa kehamilan adalah sesuatu yang mustahil baginya.

Namun, ChoA tidak berputus asa. Beliau menjalani pembedahan dan rawatan kesuburan, termasuk prosedur persenyawaan in vitro (IVF). Hasil usaha dan ketabahan itu, beliau akhirnya disahkan hamil.

Kini memasuki usia 10 minggu kehamilan, ChoA berkata beliau pada mulanya merahsiakan berita itu kerana ingin berhati-hati.

Namun, beliau kini merasakan sudah tiba masanya untuk berkongsi kegembiraan tersebut dengan peminat.

Menariknya, meskipun hanya satu embrio dipindahkan bagi mengurangkan risiko kelahiran pramatang, ChoA disahkan hamil anak kembar seiras melalui pembahagian semula jadi — satu keadaan yang jarang berlaku dan hanya terjadi dalam kira-kira 1 peratus kes IVF.

Kedua-dua bayi itu kini diberi nama panggilan sementara, iaitu ‘Heart’ dan ‘Cute.’

“Walaupun pada awalnya saya risau, kini saya hanya mahu fokus membawa mereka dengan baik dan melahirkan mereka dalam keadaan sihat. Saya akan terus menunjukkan bahawa harapan itu sentiasa ada. Jadi tolong doakan dan sokong saya,” katanya.

ChoA memulakan kerjayanya bersama Crayon Pop pada tahun 2012, dan hanya mendedahkan mengenai perjuangannya melawan kanser serviks pada Oktober tahun lalu. – Agensi

Continue Reading

Previous: Gempa bumi bermagnitud 5.2 gegar Greece
Next: Ogos ketiga terpanas pernah direkodkan di dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.