Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sengkuap baharu rumah panjang bernilai RM80,000 siap dibina
  • Selatan
  • WILAYAH

Sengkuap baharu rumah panjang bernilai RM80,000 siap dibina

Utusan Sarawak 3 days ago
FRIDAY Belik hadir pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Brangin Jingan, Kamidan Asal, Awik semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Krian

KRIAN: Usaha pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian terus diperkasakan dengan pelaksanaan projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata komitmen kerajaan negeri menerusi RTP terbukti apabila satu lagi projek telah berjaya direalisasikan untuk kesejahteraan penduduk.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Brangin Jingan, Kamidan Asal, Awik semalam, yang turut menjadi medan pertemuan mesra antara pemimpin dan komuniti setempat.

FRIDAY Belik hadir pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Brangin Jingan, Kamidan Asal, Awik semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Krian

Dalam majlis tersebut, Friday merasmikan projek pembinaan sengkuap baharu rumah panjang bernilai RM80,000 yang telah siap dibina sepenuhnya di bawah peruntukan RTP.

Menurutnya, projek berkenaan bukan sahaja memberi keselesaan kepada penduduk tetapi juga menjadi bukti bahawa setiap permohonan masyarakat akan diberi perhatian dan dilaksanakan mengikut keperluan.

Pada majlis sama, Friday turut melancarkan Biro Wanita rumah panjang berkenaan sebagai platform penglibatan kaum wanita dalam aktiviti sosial, ekonomi dan pembangunan komuniti.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jenazah Tuah Bujang selamat dikebumikan pagi tadi
Next: Semangat patriotik disemarak di Sadong Jaya menerusi Kembara Merdeka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.