Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Wanita selamat kereta terjunam gaung di Jalan Krokong
  • KEMALANGAN

Wanita selamat kereta terjunam gaung di Jalan Krokong

Utusan Sarawak 5 days ago
KEMALANGAN…Keadaan Perodua Bezza terjatuh ke dalam gaung di Jalan Krokong, Kampung Belimbin, Bau. Foto BBP Bau

BAU: Wanita berusia 43 tahun terselamat selepas kereta yang dipandunya terjatuh ke dalam gaung di Jalan Krokong, Kampung Belimbin, pagi tadi.

Menurut Komander Operasi, PBK I Nelson Phang Siaw Ming, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 9.20 pagi.

“Sebuah jentera FRT dan EMRS dengan kekuatan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati kereta jenis Perodua Bezza telah terjatuh ke dalam gaung. 

“Mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam satu laporan yang dikeluarkan pagi ini.

KEMALANGAN…Keadaan Perodua Bezza terjatuh ke dalam gaung di Jalan Krokong, Kampung Belimbin, Bau. Foto BBP Bau

Tambah beliau, pasukan operasi kemudian membawa mangsa naik dari gaung sebelum memberikan rawatan awal.

“Mangsa dihantar ke hospital berdekatan menggunakan jentera EMRS untuk rawatan lanjut.

“Operasi tamat sepenuhnya pada 9.37 pagi selepas keadaan disahkan terkawal dan selamat,” ujarnya.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki maut, seorang cedera ringan dalam kemalangan kendiri di Serian
Next: Seorang maut, dua cedera ringan dalam kemalangan kendiri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.