

SELAMAT... Mangsa yang berjaya dibawa turun menggunakan pengusung sebelum dipindahkan ke tebing sungai dan seterusnya dihantar menggunakan bot milik Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC). Foto BBP Batu Niah
BATU NIAH: Seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berusia 19 tahun mengalami kecederaan di bahagian pinggang selepas terjatuh dan dihempap batu ketika melakukan aktiviti di Taman Negara Batu Niah, petang tadi.
Mangsa, Lauryn Ixora Nanang, dilaporkan tidak dapat bergerak akibat kecederaan yang dialaminya dalam kejadian sekitar 3.30 petang tadi.
Ketua Balai Bomba Penyelamat (BBP) Batu Niah, Rary Binjie ketika dihubungi berkata, sepasukan lima anggota diketuai Awang Azdwan digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada 3.47 pentang.
“Setibanya di lokasi, didapati mangsa berada pada jarak 1.6 kilometer dari tebing sungai dengan kedudukan di kawasan curam sedalam kira-kira 50 kaki.
“Terdapat seorang jururawat dari KKM Miri bersama mangsa dan meminta bantuan anggota bomba untuk mengangkat serta menstabilkan keadaan mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



SELAMAT… Mangsa yang berjaya dibawa turun menggunakan pengusung sebelum dipindahkan ke tebing sungai dan seterusnya dihantar menggunakan bot milik Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC). Foto BBP Batu Niah
Menurutnya, mangsa berjaya dibawa turun menggunakan pengusung sebelum dipindahkan ke tebing sungai dan seterusnya dihantar menggunakan bot milik Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC).
“Mangsa kemudian diserahkan kepada Klinik Batu Niah untuk rawatan lanjut. Keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.
Operasi itu turut mendapat bantuan empat anggota polis dan lima anggota SFC.
Oleh Adum Liu