Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir kilat di Trusan beransur surut, tiada PPS dibuka
  • Utara
  • WILAYAH

Banjir kilat di Trusan beransur surut, tiada PPS dibuka

Utusan Sarawak 21 hours ago
KEADAAN TERKAWAL…seorang anggota Bomba yang datang ke rumah terjejas banjir mendapati keadaan masih terkawal dan air mula surut.

LAWAS: Setakat 5.00 petang tadi, tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka susulan kejadian banjir kilat yang dilaporkan berlaku di kawasan Trusan sejak semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, Clarence D. Primus Tiandun, berkata sepasukan anggota telah digerakkan ke lokasi kejadian, yang terletak kira-kira 20 kilometer dari balai, sejurus menerima panggilan kecemasan pada 10.17 pagi.

“Setibanya di lokasi, didapati benar berlaku banjir di Daerah Trusan seperti yang dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BERGERAK BALIK...pasukan Bomba mengumpul aset untuk operasi menyelamat selepas mendapati keadaan selamat di beberapa lokasi banjir kilat.

Menurut beliau, pemantauan dijalankan menggunakan sebuah bot penyelamat, dan hasil tinjauan mendapati banjir mulai surut serta keadaan dilaporkan terkawal.

“Tiada pemindahan mangsa dijalankan dan tiada PPS dibuka,” katanya lagi.

Susulan keadaan air yang semakin surut, operasi menyelamat dihentikan, namun pihak bomba terus menjalankan pemantauan di beberapa kawasan berisiko banjir kilat bagi memastikan keselamatan penduduk setempat.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pelbagai pihak hulur sumbangan sokong operasi SAR bot karam di Kabong
Next: Pelajar IPTA cedera dihempap batu di Taman Negara Batu Niah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.