Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • PM Jepun Ishiba nyata hasrat letak jawatan
  • GLOBAL

PM Jepun Ishiba nyata hasrat letak jawatan

Utusan Sarawak 2 days ago
PERDANA Menteri Jepun, Shigeru Ishiba, tiba di Pejabat Perdana Menteri di Tokyo, hari ini. Beliau telah memutuskan untuk meletak jawatan, lapor media tempatan hari ini, ketika ahli-ahli partinya yang memerintah berusaha untuk mengadakan pemilihan kepimpinan baharu susulan kekalahan teruk dalam pilihan raya Dewan Negara. Foto AFP

TOKYO: Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba menyatakan hasrat untuk meletak jawatan, kata pegawai kanan kerajaan pada hari ini, sehari sebelum parti memutuskan sama ada akan mengadakan pemilihan presiden, lapor Agensi Berita Kyodo.

Pada Isnin, Parti Liberal Demokratik (LDP) merancang mengumpul tandatangan daripada ahlinya bagi menentukan sama ada akan mengadakan pilihan raya presiden lebih awal daripada jadual pada 2027, berikutan desakan semakin memuncak supaya Ishiba mengambil tanggungjawab atas kehilangan majoriti gabungan pemerintah dalam pilihan raya Dewan Kaunselor pada Julai.

Kritikan terhadap Ishiba semakin meningkat sejak kebelakangan ini, termasuk daripada penyokongnya sendiri, meskipun beliau sebelum ini bertegas untuk terus kekal.

Pada Selasa, Ishiba berkata beliau akan menentukan masa depannya dalam politik pada ‘waktu yang sesuai’ tetapi tetap menegaskan kesediaannya untuk terus berkhidmat bagi melaksanakan dasar-dasar, sedangkan seorang pembantu rapatnya menyatakan kesediaan untuk berundur daripada jawatan penting parti.

Ishiba menjadi perdana menteri selepas percubaan kelima merebut jawatan presiden LDP, namun gabungan pemerintahnya kehilangan majoriti di dewan rendah Diet dalam pilihan raya umum pada bulan sama.

Pada 20 Julai, blok pemerintah yang terdiri daripada Parti Liberal Demokratik dan rakan gabungannya, Parti Komeito, kehilangan majoriti dalam pilihan raya dewan atasan.

-Bernama-Kyodo

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Hartawan Thailand, Anutin Charnvirakul, angkat sumpah sebagai Perdana Menteri
Next: Indonesia catat 4,071 gempa bumi pada Ogos – BMKG

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.