Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Maulidur Rasul erat ukhuwah, perkukuh transformasi Gedong
  • Selatan
  • WILAYAH

Maulidur Rasul erat ukhuwah, perkukuh transformasi Gedong

Utusan Sarawak 2 days ago
MAULIDUR RASUL…Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapi’ee menyampaikan ucapan sempena Majlis Penangguhan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Gedong 1447H/2025M di pekarangan Dewan Datuk Patinggi Ali, Gedong, hari ini

GEDONG: Sambutan Maulidur Rasul bukan sahaja menjadi wadah memperingati perjuangan Rasulullah SAW, tetapi juga sebagai inspirasi membina masyarakat yang maju dan makmur, selaras dengan tema sambutan tahun ini, ‘Ummah Maju Makmur’.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapi’ee berkata, kehidupan Rasulullah SAW yang menekankan keseimbangan antara pembangunan rohani dan jasmani perlu dijadikan teladan dalam membentuk masyarakat yang seimbang serta berdaya saing.

“Rasulullah SAW membina Madinah berlandaskan ukhuwah, keadilan dan ilmu pengetahuan. Begitu juga harapan kita untuk Gedong, agar menjadi daerah yang dibangunkan dengan semangat persaudaraan, keadilan sosial dan ilmu,” katanya ketika berucap pada Majlis Penangguhan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Gedong 1447H/2025M di pekarangan Dewan Datuk Patinggi Ali, Gedong, pagi tadi.

Rodiyah berkata, Gedong kini sedang melalui fasa pembangunan pesat hasil perancangan dan inisiatif Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong.

“Beberapa projek besar sedang dilaksanakan dan bakal memberi limpahan manfaat kepada masyarakat setempat. Dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, Gedong akan melalui transformasi besar.

“Oleh itu, belia perlu melengkapkan diri dengan ilmu, kemahiran serta semangat keusahawanan agar mampu merebut peluang,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Jawatankuasa Penganjur yang diketuai oleh ADUN Gedong, Dato Sri Mohammad Naroden Majais, dengan kerjasama Pejabat Daerah, jabatan kerajaan, NGO dan masyarakat setempat yang telah menjayakan pelbagai program sepanjang tujuh hari penganjuran sambutan.

Antara pengisian sepanjang sambutan termasuk Tilawah al-Quran dan Hafazan, Berzanji, Zikir, Nasyid, Pertandingan Pintu Gerbang yang disertai 11 kampung, persembahan pendakwah cilik dan pertandingan membaca khutbah jawi.

Perarakan Maulidur Rasul sejauh lima kilometer turut disertai hampir 700 peserta, manakala penduduk kampung menyediakan jamuan di 10 lokasi masjid dan surau sebagai simbol tradisi kebersamaan masyarakat Gedong.

“Sambutan kali ini membawa erti istimewa kerana ia merupakan kali ketiga sejak Gedong diwartakan sebagai sebuah daerah. Kehadiran masyarakat tanpa mengira usia membuktikan semangat tinggi untuk menjayakan program ini,” katanya.

Beliau menggesa agar masyarakat Gedong terus mengekalkan semangat ukhuwah serta perpaduan demi memastikan daerah ini terus membangun bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga makmur dengan masyarakat yang berilmu, berakhlak mulia dan sejahtera.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Lebih 1,000 hadiri upacara pembakaran kapal sempena Festival Zhong Yuan di Sibu
Next: 1,156 sertai Larian Laluan Jalan Benak 2025 di Sri Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.