Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jualan SARA capai RM100 juta pada hari ketujuh
  • SEMASA

Jualan SARA capai RM100 juta pada hari ketujuh

Utusan Sarawak 3 days ago
ORANG ramai menunggu giliran bagi membuat pembayaran ketika menggunakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ketika tinjauan di pasar raya hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Hari ketujuh pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjalan lancar dengan jumlah jualan sebanyak RM100 juta, melibatkan 1.7 juta penerima setakat 10.30 malam ini. 

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan kadar transaksi berjaya meningkat kepada 99.9 peratus berbanding 99 peratus semalam. 

“Usaha penambahbaikan dan peluasan kapasiti pemprosesan sistem sepanjang enam hari lepas telah menyumbang kepada kestabilan sistem yang tercapai pada hari ini.

“Secara keseluruhan sejak pelaksanaan Penghargaan SARA pada 31 Ogos lepas, lebih 10 juta rakyat telah membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit Penghargaan SARA dan SARA bulanan dengan jumlah perbelanjaan rakyat daripada tujuh hari mencecah RM641.9 juta di seluruh negara,” menurut kenyataan itu.

Bantuan SARA yang disalurkan secara sekali beri melalui MyKad bermula 31 Ogos itu memberi manfaat kepada 22 juta rakyat, melibatkan peruntukan RM2 bilion.

SARA diberikan kepada semua warganegara berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira kategori B40, M40 atau T20 yang boleh ditebus secara tanpa tunai di pasar raya terpilih menggunakan MyKad masing-masing.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi selamat tiba di Kuala Lumpur
Next: Tebus penghargaan SARA guna MyKad selamat, elak wang tercicir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.