Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • SMK Katholik Sibu A juara Pickleball Antara Sekolah Sibu 2025
  • SUKAN

SMK Katholik Sibu A juara Pickleball Antara Sekolah Sibu 2025

Utusan Sarawak 3 days ago
TAHNIAH…..Chieng menyampaikan piala pusingan kepada pasukan Sekolah Tinggi Katolik Sibu A yang menjuarai Pertandingan Pickleball Antara Sekolah Bahagian Sibu 2025.

SIBU: Pasukan Sekolah Menengah Katholik Sibu A muncul juara Pertandingan Pickleball Antara Sekolah Bahagian Sibu 2025 yang melabuhkan tirainya, petang tadi.

Dengan kemenangan itu, pasukan membawa pulang hadiah piala pusingan, pingat dan sijil penyertaan.

Naib juara diraih pasukan Woodlands International School, sementara tempat ketiga dan keempat dimenangi pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tung Hua A dan SMK Deshon.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu menyaksikan persaingan sengit membabitkan sebanyak 16 pasukan dari 13 sekolah menengah di bahagian Sibu.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek yang juga Pengerusi Persatuan Pickleball Sibu, Joseph Chieng Jin Ek.

Pertandingan yang diadakan di Pusat Pickleball SMI, anjuran Persatuan Pickleball Sibu dengan sokongan Jabatan Pendidikan Bahagian Sibu.

Sementara itu, Chieng dalam ucapannya berkata, penganjuran pertandingan merupakan satu langkah penting dalam usaha mempromosikan sukan pickleball di sekolah.

“Saya berharap kejohanan ini dapat meningkatkan kemahiran para pemain secara berterusan melalui pertandingan yang sihat.

“Selain itu pertandingan ini dapat memupuk semangat berpasukan serta menjadi generasi baharu bakat pickleball,” katanya.

Tambahnya, kejohanan ini menyediakan platform penting untuk pembangunan bakat belia untuk memilih pemain Bawah 18 Bahagian Sibu.

Turut hadir, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Sibu Ling Jing Loon, wakil Pengarah Urusan Kumpulan WTK Holding Berhad Desmond Kang, pengarah kejohanan Kaunselor Kiing Teck Ho dan Ketua Pengadil yang juga Presiden Kelab Pickleball Lanang, Daniel Ing.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Mr Sarawak 2025 angkat martabat sukan bina badan di Sarawak
Next: SIPMA 2025: Jonah pecah rekod kebangsaan lontar peluru

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.