Amaran ribut petir di 10 negeri hingga 7.00 malam ini

Facebook
WhatsApp
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri sehingga 7.00 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat ialah Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Kulim dan Bandar Baharu) serta Perak (Kerian, Larut Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang).

Keadaan sama dijangka melanda Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang) dan Terengganu (Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman).

Di Pahang, amaran membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan dan Pekan; Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat); serta Negeri Sembilan (Jelebu).

Selain itu, di Sabah melibatkan pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau) serta Pantai Barat (Papar), Labuan dan Sarawak meliputi Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang.

-Bernama

Jerebu: Serian, Lundu catat IPU 189

KUCHING: IPD Serian merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Sarawak iaitu 189 setakat 12.00 tengah hari ini, turun

IPU Serian masih tertinggi, catat 197

KUCHING: IPD Serian merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Sarawak iaitu 197 setakat 8.00 pagi ini, berada dalam