Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lebih 2,000 pengunjung meriahkan Pesta Air Sibu Jaya 2025
  • TEMPATAN

Lebih 2,000 pengunjung meriahkan Pesta Air Sibu Jaya 2025

Utusan Sarawak 2 days ago
MERIAH…Antara kemeriahan yang membabitkan orang ramai ketika menyertai Pesta Air Sibu Jaya 2025, hari ini. Foto: Tarani Lanting

SIBU: Lebih 2,000 pengunjung membanjiri Pesta Air Sibu Jaya 2025 yang berlangsung meriah di Sibu Jaya, hari ini.

Acara tahunan yang diinspirasikan daripada ‘Songkran Water Festival’ Thailand itu dianjurkan bersama Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) dan Kumpulan AmCorp Berhad.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi MDLBS, Sempurai Petrus Ngelai yang menegaskan penganjuran pesta berkenaan terus membuktikan kejayaan pendekatan inklusif dan kolaboratif antara pihak berkuasa tempatan, sektor swasta dan komuniti.

“Sejak mula dianjurkan pada 2018, pesta ini adalah hasil jalinan strategik antara MDLBS dan Amcorp Sibu Jaya Sdn Bhd dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan serta agensi lain. Apabila semua pihak berganding bahu, hasilnya memberi impak besar kepada masyarakat,” katanya.

BERPESTA AIR…Sempurai (tengah) sambil disaksikan tetamu jemputan lain ketika melakukan simbolik perasmian Pesta Air Sibu Jaya 2025, hari ini. Foto: Tarani Lanting

Menurut beliau, walaupun pesta itu pernah ditangguhkan pada 2020 dan 2021 akibat pandemik COVID-19, semangat kolaboratif yang diterapkan memastikan kesinambungannya sehingga ke edisi ke-6 pada tahun ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk ahli majlis, ketua jabatan, agensi keselamatan dan pemimpin masyarakat yang sentiasa menyokong pembangunan di Sibu Jaya.

“Pesta ini bukan sekadar hiburan, tetapi turut membawa manfaat ekonomi kepada usahawan tempatan, memupuk keharmonian pelbagai kaum dan memperkenalkan Sibu Jaya sebagai destinasi pelancongan berasaskan komuniti yang mampan,” ujarnya.

MERIAH…Antara kemeriahan yang membabitkan orang ramai ketika menyertai Pesta Air Sibu Jaya 2025, hari ini. Foto: Tarani Lanting

Pesta Air Sibu Jaya kini menjadi antara acara tahunan paling dinanti di kawasan tengah Sarawak dengan pelbagai aktiviti menarik seperti sukan air, persembahan budaya, jualan usahawan tempatan dan acara kekeluargaan.

Bagi memeriahkan suasana, beberapa artis popular tempatan antaranya Ramles Walter, Hairee Francis, Lucy M dan Winnie Albert turut membuat persembahan khas.

Turut hadir, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Joshua Ting, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmCorp Azlan Baqee Abdullah, Setiausaha MDLBS Ng Siang Wei serta tetamu jemputan lain.

Oleh Tarani Lanting

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Bomba periksa, cat semula pili di Taman Alomera
Next: Elak perpecahan, terus kukuhkan perpaduan di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.