Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Jojo tebus kekecewaan, tewaskan petarung Maghribi menerusi TKO
  • SUKAN

Jojo tebus kekecewaan, tewaskan petarung Maghribi menerusi TKO

Utusan Sarawak 4 days ago

KUALA LUMPUR: Jaguh Muay Thai negara, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar menumbangkan petarung Maghribi, Zakaria El Jamari dalam aksi kelas flyweight ONE Fight Night 35 di Stadium Lumpinee, Bangkok di Thailand hari ini.

Lebih dikenali sebagai Jojo, atlet berusia 18 tahun itu menebus kekecewaan lalu apabila meraih kemenangan bergaya menerusi ‘technical knockout’ (TKO) selepas tewas tipis pada ONE Fight Night 32, Jun lepas.

Dalam pertarungan itu, Jojo tampil tenang sejak awal dan berjaya mendominasi gelanggang sebelum menumbangkan lawannya dalam tempoh dua minit 10 saat.

Untuk rekod, kali terakhir Jojo mencatat kemenangan ialah pada 7 September tahun lalu apabila menewaskan Josue Cruz menerusi ‘knockout’ (KO) pada pusingan pertama.– Bernama

Continue Reading

Previous: Jun Hao siap sedia berdepan Zii Jia di Terbuka Hong Kong
Next: Messi masih ragu-ragu sertai Piala Dunia 2026, sebab faktor usia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.