Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ancaman letupan, Mumbai dalam keadaan berjaga-jaga
  • GLOBAL

Ancaman letupan, Mumbai dalam keadaan berjaga-jaga

Utusan Sarawak 9 hours ago
POLIS di ibu kota  kewangan India, Mumbai diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

NEW DELHI: Polis di ibu kota  kewangan India, Mumbai diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas menerima mesej WhatsApp yang mengugut akan berlaku puluhan letupan di seluruh bandar raya itu, menurut polis pada Jumaat, lapor Xinhua.

Mesej yang diterima pada Khamis itu mendakwa pengebom bunuh diri telah ditempatkan di dalam 34 kenderaan, dan ia akan menggegarkan seluruh bandar raya. 

Pengirim mesej itu turut mendakwa seramai 14 pengganas telah memasuki Mumbai dan meletakkan 400 kilogram RDX di dalam kenderaan untuk diletupkan.

Pegawai kanan polis, Anil Dashrathrao Kumbhare memberitahu media bahawa ugutan itu sedang disiasat.

Bandar raya itu kini sedang menyambut Anant Chaturdashi, perayaan Hindu selama 10 hari yang akan berakhir pada Sabtu dengan polis telah pun membuat persiapan keselamatan untuk jutaan penganut Hindu. – Bernama 

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Joe Biden jalani pembedahan kanser kulit
Next: Lapangan Terbang Semarang sambung semula penerbangan terus ke Kuala Lumpur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.