Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Skuad wushu negara tambah dua pingat emas di Kejohanan Wushu Dunia Ke-17
  • SUKAN

Skuad wushu negara tambah dua pingat emas di Kejohanan Wushu Dunia Ke-17

Utusan Sarawak 5 days ago
ATLET wushu wanita, Tan Cheong Min menyumbang emas dalam acara Nangun selepas mengumpul 9.746 mata. Foto Facebook Majlis Sukan Negara Malaysia

KUALA LUMPUR: Skuad wushu negara menambah dua lagi pingat emas pada hari ketiga Kejohanan Wushu Dunia Ke-17 di Brasilia, Brazil, pada Jumaat.

Dalam aksi di Ulysses Guimarães Convention Center, atlet wushu wanita, Tan Cheong Min menyumbang emas dalam acara Nangun selepas mengumpul 9.746 mata, sekali gus mengatasi wakil Taiwan, Chao Tang Hsuan (9,723) yang meraih pingat perak, manakala wakil Korea Selatan, Siwoo Byun membawa pulang pingat gangsa dengan 9,710 mata.

Satu lagi emas negara disumbangkan oleh atlet lelaki, Si Shin Peng yang mengungguli acara Jianshu dengan 9.746 mata.

Chin Ka Hou dari Macau meraih perak dengan 9.736 mata, sementara wakil Hong Kong, Chen Jinsong memperoleh gangsa selepas mencatat 9.733 mata.

Semalam, Shin Peng menghadiahkan emas pertama Malaysia pada kejohanan itu menerusi acara Qiangshu.

Selepas tiga hari saingan di Brazil, Malaysia kini mengumpul tiga emas, satu perak dan satu gangsa.

Semalam, Shin Peng menghadiahkan emas pertama Malaysia di kejohanan itu menerusi acara Qiangshu.

Selepas tiga hari saingan di Brazil, Malaysia kini mengumpul tiga emas, satu perak dan satu gangsa.

– Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Burn doakan yang terbaik untuk Isak di Liverpool, tiada dendam
Next: Maghribi pasukan pertama Afrika layak ke Piala Dunia 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.