Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Timbalan PM UK letak jawatan selepas gagal lunas cukai
  • GLOBAL

Timbalan PM UK letak jawatan selepas gagal lunas cukai

Utusan Sarawak 15 hours ago
ANGELA Rayner. – Foto fail AFP

LONDON: Angela Rayner pada Jumaat meletak jawatan sebagai timbalan perdana menteri dan setiausaha perumahan selepas gagal melunaskan cukai sepenuhnya ke atas sebuah pangsapuri yang dibelinya pada Mei, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Peletakan jawatan itu dibuat selepas tekanan yang semakin meningkat ke atasnya untuk berundur berhubung pembelian rumahnya di Hove, sebuah pusat peranginan tepi laut di East Sussex, Britain.

Rayner turut meletak jawatan sebagai timbalan ketua Parti Buruh selepas mengaku bahawa beliau kurang membayar cukai ke atas pembelian itu.

Awal minggu ini, beliau merujuk dirinya kepada penasihat etika Perdana Menteri Keir Starmer selepas mengaku tidak melunaskan sepenuhnya bayaran duti setem bagi rumah berharga £800,000 (AS$1.07 juta) itu.

Terdahulu, Starmer menyatakan sokongan penuhnya terhadap Rayner dengan berkata beliau “berbangga” bekerja bersamanya.

Pada Rabu, Rayner memberitahu Sky News bahawa beliau menerima nasihat undang-undang yang salah, menyebabkan beliau membayar duti setem yang lebih rendah daripada jumlah sebenar yang perlu dijelaskan. – Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Ketua Parti Bhumjaithai, Anutin Charnvirakul dipilih perdana menteri baharu Thailand
Next: Joe Biden jalani pembedahan kanser kulit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.