
SIBU: Gereja Methodist Xin Fu Yuan dan Komuniti MADANI Datuk Robert Lau Hoi Chew akan menganjurkan kempen derma darah pada Ahad ini.
Kempen dengan kerjasama Bank Darah Hospital Sibu itu akan diadakan di dua lokasi yang berbeza.
Program anjuran Gereja Methodist Xin Fu Yuan akan diadakan di Persiaran Brooke pada 8.30 pagi hingga 1.00 petang.
Kempen derma darah Komuniti MADANI Datuk Robert Lau Hoi Chew pula akan diadakan di Orange Zone, Star Mega Mall pada 9.30 pagi hingga 2.00 petang.
Penganjuran kempen itu bertujuan untuk membantu Bank Darah hospital mendapatkan bekalan darah mencukupi bagi kegunaan Hospital Sibu.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti menderma darah, orang ramai boleh menghubungi Bank Darah Hospital Sibu di talian 084-343333 sambungan 2010.
Oleh Akun Giman