Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penyertaan sambutan Maulidur Rasul di Kabong catat peningkatan
  • WILAYAH

Penyertaan sambutan Maulidur Rasul di Kabong catat peningkatan

Utusan Sarawak 1 day ago
SAMBUTAN Maulidur Rasul peringkat DUN Kabong hari ini mencatatkan seramai 1,411 peserta daripada 61 kontinjen. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

KABONG: Sambutan Maulidur Rasul peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong tahun ini mencatat sejarah tersebdiri apabila seramai 1,411 peserta daripada 61 kontinjen mengambil bahagian dalam perarakan yang diadakan hari ini.

Jumlah penyertaan tersebut menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya sekali gus menjadi bukti kecintaan umat Islam terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

SAMBUTAN Maulidur Rasul peringkat DUN Kabong hari ini mencatatkan seramai 1,411 peserta daripada 61 kontinjen. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

Majlis bersempena tarikh kelahiran Rasulullah SAW itu telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir yang menyifatkan 12 Rabiulawal sebagai tarikh keramat dan penuh keberkatan.

“Sambutan Maulidur Rasul diraikan dengan pelbagai cara, namun matlamat utamanya tetap satu iaitu mengingati, menghayati dan meneladani perjuangan serta pengorbanan Rasulullah SAW,” katanya ketika berucap.

SAMBUTAN Maulidur Rasul peringkat DUN Kabong hari ini mencatatkan seramai 1,411 peserta daripada 61 kontinjen. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

Chee Kadir turut berharap agar penyertaan pada tahun depan akan terus meningkat serta mennggesa agar tema sambutan kali ini ‘Ummah Maju Makmur’, dapat diterapkan dalam kehidupan bermasyarakat bagi melahirkan komuniti harmoni, sejahtera dan saling hormat-menghormati.

Seperti lazimnya, sambutan diserikan dengan pertandingan perarakan dan sepanduk yang disertai pelbagai kategori.

SAMBUTAN Maulidur Rasul peringkat DUN Kabong hari ini mencatatkan seramai 1,411 peserta daripada 61 kontinjen. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

Bagi Kategori A (Jabatan/Agensi/Badan Berkanun/Swasta/Institusi Pendidikan) pertandingan sepanduk, SMK Kabong muncul sebagai johan, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Alit naib johan dan tempat ketiga Persatuan Nelayan Kawasan Kabong.

Bagi Kategori B (Masjid/Surau/Kelab/Persatuan/Pertubuhan), Surau Khairul Ummah Kampung Sessang muncul johan, naib johan pula Surau Darul Nadwah Kabong dan tempat ketiga Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kabong.

SAMBUTAN Maulidur Rasul peringkat DUN Kabong hari ini mencatatkan seramai 1,411 peserta daripada 61 kontinjen. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

Bagi Kategori C Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), johan telah disandang oleh JKKK Kampung Baru Kabong, JKKK Kampung Hilir Darat Kabong sebagai naib johan dan JKKK Kampung Hilir Laut ditempat ketiga.

Selain itu, bagi keputusan pertandingan perarakan kontinjen pula dimenangi oleh Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kabong, SK Abang Leman Kabong sebagai naib johan dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Saratok ditempat ketiga.

Setiap pemenang menerima wang tunai dan piala, dengan johan membawa pulang RM1,000, naib johan RM700, ketiga RM500, manakala saguhati sebanyak RM200 diberikan kepada kontinjen lain.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Perpaduan masyarakat Sarawak terserlah, bantu Pastor Ibrahim kebakaran gereja
Next: Gereja Methodist Xin Fu Yuan, Komuniti MADANI adakan Kempen Derma Darah serentak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.