Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tapak baharu dicari, Gereja BEM Sungai Bakas bakal dibina semula
  • Utara
  • WILAYAH

Tapak baharu dicari, Gereja BEM Sungai Bakas bakal dibina semula

Utusan Sarawak 18 hours ago
LAWATAN… Datuk Rosey Yunus ketika menemui Pastor Ibrahim Anyik yang merupakan seorang pastor yang tinggal di Gereja BEM Sungai Bakas pada lawatan kerja meninjau keadaan hari ini.

BEKENU: Gereja Borneo Evangelical Mission (BEM) Sungai Bakas hanya memerlukan tempoh sebulan untuk mendapatkan tapak baharu yang lebih sesuai bagi pembinaan sebuah gereja selepas bangunannya musnah dalam kebakaran 2 September lalu.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus berkata, keputusan pencarian tapak itu dibuat secara sebulat suara oleh penganut Kristian rumah panjang kawasan Bakas.

“Penduduk memaklumkan mereka berusaha mendapatkan tapak baharu dalam masa sebulan untuk cadangan pembinaan gereja baharu,” katanya ketika ditemui selepas lawatan kerja ke lokasi kejadian, hari ini.

Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu menegaskan, gereja adalah keperluan penting sebagai tempat sembahyang.

“Kita akan berusaha bersama mencari jalan terbaik untuk membina gereja baharu. Namun, projek ini tetap memerlukan masa, proses dan prosedur tertentu,” jelasnya.

Dalam lawatan itu, Rosey bersama Timbalan Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Sibuti, Dato Lukanisman Awang Sauni, masing-masing menyumbangkan RM10,000 menerusi Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada Gereja BEM Sungai Bakas, Sibuti.

Turut hadir, Pengarah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), Dato Dr Georgina Apphia Ngau, serta Pastor BEM Sungai Bakas, Ibrahim Anyik.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Pertandingan Zikir Marhaban dan Berzanji serlahkan keindahan tradisi Islam di Lawas
Next: Perpaduan masyarakat Sarawak terserlah, bantu Pastor Ibrahim kebakaran gereja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.