Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Larian Benak 2025 buka tirai Pesta Benak Sri Aman tahun ini
  • Tengah
  • WILAYAH

Larian Benak 2025 buka tirai Pesta Benak Sri Aman tahun ini

Utusan Sarawak 9 hours ago
LARIAN Benak 2025, di Tebingan Sri Aman, Ahad ini. Foto: Benak Road Trail Run.

SIMANGGANG: Bandar Benak Malaysia dijangka meriah dengan penyertaan seramai 1,156 peserta dalam dan luar negeri yang akan menyertai Larian Benak 2025 di Tebingan Sri Aman, Ahad ini.

Dalam pada itu, hari ini telah diadakan satu sesi pendaftaran peserta telah diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Bandar Simanggang.

Menurut jurucakap penganjur, sebanyak tiga kategori dipertandingkan pada edisi kali ini iaitu kategori Jalan Santai 5 kilometer (km) Si Juara Cilik, Larian Santai 5 km dan Larian 10 km.

Kategori Jalan Santai 5 km Si Juara Cilik terbuka kepada kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun yang bakal membawa pulang pingat dan hadiah misteri.

SATU sesi pendaftaran peserta telah diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Bandar Simanggang hari ini. Foto: Benak Road Trail Run

Bagi kategori Larian Santai 5 km dan Larian 10 km, masing-masing pemenang tempat pertama akan menerima hadiah wang tunai RM800 beserta pingat, tempat kedua RM550 dan pingat, manakala tempat ketiga RM350 serta pingat.

Tempat keempat dan kelima masing-masing akan menerima RM150 dan pingat, tempat keenam dan ketujuh RM80 dan pingat, manakala tempat kelapan hingga kesepuluh akan membawa pulang RM50 serta pingat.

Acara Larian Benak 2025 dijangka bermula seawal 6.00 pagi dengan ketibaan peserta, diikuti sesi pemanasan badan.

Untuk kategori Jalan Santai 5 km Si Juara Cilik dan kategori Larian Santai 5 km, peserta akan dilepaskan pada 6.45 pagi, manakala kategori Larian 10 km pula akan dilepaskan pada 6.30 pagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang akan hadir untuk melakukan pelepasan kesemua peserta Larian Benak 2025.

Program Larian Benak 2025 yang dianjurkan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman dan Jawatankuasa Induk Pesta Benak Sri Aman ini menandakan bermulanya acara Pesta Benak Sri Aman 2025 pada tahun ini yang berlangsung pada 19 hingga 21 September ini.

Turut dijangka hadir ialah ADUN Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor dan ADUN Engkilili, Dr Johnical Rayong Ngipa.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: House of Joy celebrates 9th Anniversary with Charity Fair
Next: Kawasan operasi SAR dua beranak diperluaskan 77.54 batu nautika persegi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.