Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PPD Baram johan perarakan sambutan Maulidur Rasul di Miri
  • WILAYAH

PPD Baram johan perarakan sambutan Maulidur Rasul di Miri

Utusan Sarawak 11 hours ago
TAHNIAH…Kontinjen PPD Baram johan pertandingan sepanduk sempena sambutan Maulidur Rasul 2025. Foto: Jiku Jukuong

MARUDI: Kontinjen Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Baram muncul johan dalam pertandingan sepanduk dan perarakan bagi kategori A sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Miri di Kompleks Sukan Marudi hari ini.

Naib johan disandang kontinjen Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan kontinjen Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menduduki tempat ketiga. Bagi kategori ini sebanyak 10 kontinjen mengambil bahagaian dengan seramai 279 orang.

Bagi kategori B, johan dimenangi kontinjen Surau Ar-Rahaman Kampung Padang Kerbau, Persatuan Kebajikan Islam Perubatan cawangan Marudi (PERKIP) Hospital Marudi di tempat kedua dan Surau Nur Ihsan Kampung Pemindahan di tempat ketiga. Bagi kategori ini sebanayak sembilan kontinjen yang mengambil bahagian dengan seramai 300 orang.

MERIAH…Timbalan Residen Bahagian Miri Bujang Rahman Seli bersama Pegawai Pejabat Daerah Subis, Norlela Ulis dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) mengetuai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Miri diadakan di Daerah Marudi. Foto: Jiku Jukuong

Sementara itu, bagi kategori C, Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Sharif Hamid muncul johan manakalan tempat kedua disandang Kontinjen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Marudi dan SMK Telang Usan di tempat ketiga. Hanya dua kontinjen menyertai kategori ini dengan seramai 100 orang.

Keseluruhan kontinjen yang menyertai perhimpunan dan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Miri 1447H/2025M ialah seramai 23 kontinjen dibahagikan kepada tiga kategori.

Kategori A terdiri kontinjen jabatan kerajaan negeri, Persekutuan, badan berkanun, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan pusat kemahiran.

Sementara itu, kategori B terdiri kontinjen masjid, surau, kelab, pertubuhan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan kumpulan hadrah manakala bagi kategori C terdiri sekolah menengah dan rendah.

NAIB JOHAN…Kontinjen KEMAS. Foto: Jiku Jukuong

Timbalan Residen Bahagian Miri, Bujang Rahman Seli berkata Marudi dipilih sebagai tuan rumah majlis perhimpunan dan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Pejabat Daerah Marudi kerana telah berjaya menyempurnakan majlis ini.

Katanya, tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini ‘Umah Maju Makmur’ amat signifikan dalam mendepani cabaran masa kini dengan memperkukuh dan meningkatkan perpaduan umat sejagat.

KONTINJEN Bomba mendapat tempat ketiga dalam pertandingan sepanduk dan perarakan. Foto: Jiku Jukuong

“Tambahan pula, kali ini kita meraikannya buat julung kalinya di Daerah Marudi, satu penghormatan yang membuktikan betapa pentingnya peranan daerah ini dalam memartabatkan Islam,” katanya.

Beliau menegaskan tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi junjungan umat Islam yang mulia.

Di samping itu, program ini juga untuk memupuk semangat kesatuan ummah dalam kalangan masyarakat melalui aktiviti keagamaan dan sosial.

Oleh Jiku Jukuong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 26 kontinjen meriahkan perarakan Maulidur Rasul di Saratok
Next: House of Joy celebrates 9th Anniversary with Charity Fair

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.