Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lebih 2,000 peserta sertai perarakan Maulidur Rasul di Matu, hadiah menarik jadi tumpuan
  • Tengah
  • WILAYAH

Lebih 2,000 peserta sertai perarakan Maulidur Rasul di Matu, hadiah menarik jadi tumpuan

Utusan Sarawak 12 hours ago
Sekitar majlis sambutan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul Matu Daro 1447/2025 di Kampung Tian, Matu hari ini.

MATU: Kira-kira 2,580 peserta menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul Matu Daro 1447/2025 di Kampung Tian di sini hari ini.

Perarakan sejauh kira-kira 2 kilometer itu yang bermula dan berakhir di Dewan Masyarakat Kampung Tian turut disertai Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi.

Turut diadakan ialah pertandingan sepanduk dan perarakan dalam pelbagai kategori.

Sebanyak 30 sepanduk yang indah dan kreatif dipersembahkan, mewakili masyarakat kawasan Matu dan Daro.

Untuk Kategori A (terbuka) pertandingan sepanduk dan perarakan dimenangi kontinjen PPD Daro untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000.

Tempat kedua pula dimenangi Surau Darul Isyirah, Bruan Mapal (RM7,000), ketiga Bomba Daro (RM6,000) dan keempat, APM Matu (RM5,000).

Untuk Kategori B (sekolah) pula dimenangi kontinjen SJK Chung Hua dengan hadiah RM6,000, diikuti SK Kuala Matu (RM5,000) dan SK Bawang Tian, Matu (RM4,000).

Bagi Kategori A untuk Kontinjen Teramai dimenangi Jabatan Kemas Matu dengan hadiah RM1,000; diikuti APM Matu (RM800) dan PPD Daro (RM600).

Bagi Kategori B (sekolah) untuk Kontinjen Teramai dimenangi SMK Matu (RM1,000), diikuti Al-Munawarrah SK Bawang Tian (RM800) dan SK Kuala Matu (RM600).

Semua hadiah dan kos penganjuran disumbangkan oleh bekas Ahli Parlimen Igan, Dato Sri Wahab Dolah. Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Ahmad Johnie di Dewan Masyarakat Kampung Tian.

Perarakan sempena Maulidur Rasul Matu Daro itu dianjurkan oleh Pusat Khidmat P.207 Igan dan Masjid Baharu Kampung Tian, Matu.

Continue Reading

Previous: Perpaduan teras kejayaan Sarawak menjelang 2030
Next: Projek pembinaan enam bilik darjah dan asrama SMK Engkilili siap 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.