Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perpaduan teras kejayaan Sarawak menjelang 2030
  • Utara
  • WILAYAH

Perpaduan teras kejayaan Sarawak menjelang 2030

Utusan Sarawak 12 hours ago
TAHNIAH… Datuk Dr Penguang Manggil bersama Bujang Rahman Seli menyampaikan hadiah kepada Kontinjen Majlis Daerah Marudi yang diumumkan juara keseluruhan pertandingan Perarakan Perhimpunan dan Perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Miri di Kompleks Sukan Marudi sebagai tuan rumah 2025. Foto Jiku Juguong

MARUDI: Dalam usaha mencapai Sarawak yang maju dan makmur, rakyatnya perlu menekankan elemen perpaduan, keadilan dan kasih sayang antara satu sama lain, tanpa mengira bangsa, agama atau latar belakang kehidupan.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datuk Dr Penguang Manggil berkata, sesebuah masyaralat yang maju bukan hanya dilihat pada kemajuan fizikal dan teknologi teatpi juga pada budi pekerti, integriti serta keadilan sosial yang dipratikkan.

“Sarawak telah menetapkan matlamat untuk menjadi negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030 dan dalam  mengejar visi besar ini, kita perlu menghayati prinsip-prinsip mulia yang ditekankan oleh agama kita,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada majlis Perhimpunan dan Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Miri di Kompleks Sukan Marudi di sini hari ini.

DATUK Dr Pengang Manggil bersama yang lain bergambar kenangan bersama kontinjen Kampung Narum. Foto Jiku Juguong

Tegasnya konsep ‘Maju Makmur’ memerlukan kerjasama semua rakyat, pemimpin dan agensi untuk membina negeri yang makmur dengan kemajuan seimbang di mana semua lapisan masyarakat mendapat manfaat.

Justeru itu, Penguang berkata dalam membangunkan Sarawak yang makmur, kita perlu memastikan tiada golongan yang tertinggal.

Beliau berkata bahawa tema Ummah Maju Makmur yang dipilih untuk sambutan Maulidur Rasul kali ini amat sesuai dengan ajaran Islam serta selari dengan hasrat kerajaan Sarawak untuk menjadikan negeri itu sebagai wilayah yang maju dan makmur menjelang 2030.

Ujarnya kesejahteraan ekonomi hendaklah dirasai oleh semua, dengan peluang pekerjaan, pendidikan dan pembangunan yang adil serta saksama.

“Inilah asas kemajuan dan keberkatan yang hakiki,” tambahnya.

Katanya dalam menjayakan aspirasi ‘Sarawak Maju Makmur’ perpaduan adalah kunci utama dan kita di Sarawak perlu memastikan bahawa perpaduan kaum dan agama sentiasa dipelihara.

“Dengan perpaduan kita mampu membina negeri yang lebih kuat. stabil dan harmoni,” tambah beliau.

Dalam pada itu katanya kerajaan Sarawak terus komited merangka pelbagai inisiatif dan program pembangunan untuk membangunkan sumber manusia yang berkualiti dan berdaya saing.

Maka itu tegas Penguang pembangunan sumber manusia yang hebat adalah tunjang utama bagi memastikan Sarawak mencapai kemajuan yang mampan dan mampu bersaing di peringkat nasional serta antarabangsa.

Menurut beliau kerajaan menumpukan kepada latihan kemahiran, pendidikan berkualiti dan peluang pemabangunan yang inklusif demi memastikan setiap individu dan masyrakat dapat menyumbang secara posiif kepada pembangunan negeri.

Turut hadir Timbalan Residen Bahagian Miri, Bujang Rahman Seli, Pegawai Agama Islam Bahagian Miri Al-Fadhil Ustaz Shamsudin Basir, Pegawai Pejabat Daerah Marudi, Rose Edward Tarang dan Ketua Masyarakat Melayu Bahagian Miri, Temenggong Mohamed Abang Othman.

Foto Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hujan bukan penghalang, 3,000 sertai perarakan Maulidur Rasul di Sarikei
Next: Lebih 2,000 peserta sertai perarakan Maulidur Rasul di Matu, hadiah menarik jadi tumpuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.