Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Bomba berjaya padamkan dapur terbakar akibat kebocoran gas
  • KEBAKARAN

Bomba berjaya padamkan dapur terbakar akibat kebocoran gas

Utusan Sarawak 9 hours ago

KEBAKARAN yang berlaku di bahagian dapur telah berjaya dipadamkan sepenuhnya. Foto Bomba

KOTA SAMARAHAN: Satu kebakaran kecil melibatkan dapur memasak akibat kebocoran hos tong gas berlaku di Kuarters Kerajaan Negeri, Lorong 4, belakang Pejabat Residen, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan bahawa panggilan kecemasan diterima pada 9.31 malam, sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan tiba di lokasi kejadian yang terletak kira-kira empat kilometer pada 9.34 malam.

“Kebakaran berjaya dipadamkan oleh pemilik rumah dengan bantuan jiran menggunakan empat unit alat pemadam api jenis debu kering sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.

“Kebakaran dianggarkan hanya melibatkan sekitar tujuh peratus daripada kawasan dapur,” katanya dalam kenyataan.

Tiada mangsa dilaporkan, dan semua penghuni rumah terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Pasukan operasi kemudian menjalankan pemantauan bagi memastikan api benar-benar padam sepenuhnya sebelum operasi ditamatkan pada 9.50 malam.

Oleh Amanda L

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Gudang wayar dan perkakas elektrik di Bintulu nyaris musnah dalam kebakaran
Next: Kereta terbakar di Tudan, api dipadam pemilik sebelum bomba tiba

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.