Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Petunjuk baharu bot digunakan dua beranak ditemui
  • WILAYAH

Petunjuk baharu bot digunakan dua beranak ditemui

Utusan Sarawak 4 days ago
BOT mangsa ditemui oleh penduduk kampung pada 9.00 pagi, kira-kira 5.5 batu nautika dari Muara Kabong. Foto Bomba Zon 3 Sarawak

KABONG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua mangsa yang dilaporkan hilang di perairan Kabong hari ini menemukan petunjuk baharu apabila bot yang digunakan mangsa ditemui oleh penduduk kampung.

Ketua Bomba Zon 3 Sarawak, Muhammad Rais Adham Rosalan berkata bot mangsa ditemui oleh penduduk kampung pada 9.00 pagi, kira-kira 5.5 batu nautika dari Muara Kabong, sebelum ditunda ke jeti untuk siasatan lanjut. 

“Penemuan ini menjadi petunjuk penting kepada pasukan SAR dalam memperluas radius pencarian,” katanya.

BOT mangsa ditemui oleh penduduk kampung pada 9.00 pagi, kira-kira 5.5 batu nautika dari Muara Kabong. Foto Bomba Zon 3 Sarawak

Muhammad Rais berkata SAR yang dijalankan hari ini melibatkan kaedah pencarian permukaan air dijalankan dalam lingkungan 6 kilometer (km) sepanjang pesisir muara Sungai Saribas dan perairan laut Kabong. 

Bagaimanapun katanya, selepas hampir lima jam pencarian, kedua-dua mangsa masih belum dijumpai.

Pasukan SAR yang terlibat terdiri daripada anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok, anggota polis, Polis Marin Sarikei, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kabong, Abgkatan Pertahanan Awam (APM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) dengan kekuatan lebih 30 anggota serta beberapa aset bot.

Operasi hari pertama ditangguhkan pada 5.00 petang dan dijadualkan bersambung esok pagi dengan tumpuan pencarian diperkukuhkan di sekitar lokasi penemuan bot.

BOT mangsa ditemui oleh penduduk kampung pada 9.00 pagi, kira-kira 5.5 batu nautika dari Muara Kabong. Foto Bomba Zon 3 Sarawak

Terdahulu, mangsa dikenali sebagai Tuah Bujang, 57 tahun, bersama anaknya, Aiman Tuah, 24 tahun, dilaporkan keluar ke laut sekitar 2.00 petang semalam.

Bagaimanapun, pada 5.00 petang, keadaan cuaca buruk dengan hujan lebat serta laut bergelora menyebabkan kedua-dua mangsa gagal dihubungi.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Kabong pada pagi tadi sekitar 6.49 pagi, sebelum SAR digerakkan sekitar 12.05 tengah hari tadi.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dekati masyarakat, Amanita IPD Sri Aman bertemu komuniti Taman Tiara
Next: 15 motosikal diperiksa, 10 saman dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu Dalaman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.