Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pustaka Miri anjur Festival Seni & Sastera Kanak-Kanak Sarawak 2025
  • TEMPATAN

Pustaka Miri anjur Festival Seni & Sastera Kanak-Kanak Sarawak 2025

Utusan Sarawak 1 day ago
JOM…Kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun dijemput meriahkan Festival Seni dan Sastera Kanak-Kanak Sarawak 2025 pada 13 dan 14 September ini.

MIRI: Pustaka Miri akan menganjurkan Festival Seni dan Sastera Kanak-Kanak Sarawak 2025 pada 13 dan 14 September ini, khusus untuk kanak-kanak berumur antara 4 hingga 12 tahun.

Bertemakan ‘Memperkasa Kanak-Kanak ke Arah Masa Depan Lestari’, festival ini memberi ruang kepada generasi muda untuk menyerlahkan bakat dalam seni, sastera, inovasi dan kreativiti.

Sebanyak 13 ruang aktiviti akan disediakan termasuk Ruang Bercerita, Ruang Cipta, Ruang Artistik dan Ruang Benih Membaca.

Turut diadakan tujuh pertandingan menarik seperti Pengucapan Awam, Tarian Irama, Peragaan Kitar Semula dan Kostum Etnik Kreatif.

Acara ini juga menampilkan pencerita antarabangsa seperti Michael Pattenson dari Australia dan Ariyo Zidni dari Indonesia, bersama pencerita tempatan, Sue dan Janet.

Acara penutupan dijadual disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus pada 2.00 petang, 14 September.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui talian 085-422 525 atau laman web rasmi: www.pustaka-sarawak.com.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Bung Moktar nafi guna pengaruh, jawatan peroleh wang RM2.8 juta
Next: Wilfred Yap calls for remedial works at Jalan Semaba recreational park project

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.