Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Separuh Jalan Pesisiran Pantai Bekenu ditutup sementara, 10-21 September ini
  • WILAYAH

Separuh Jalan Pesisiran Pantai Bekenu ditutup sementara, 10-21 September ini

Utusan Sarawak 1 day ago
JALAN TUTUP……Separuh Jalan Pesisiran Pantai Bekenu yang membabitkan kawasan Jambatan Sungai Keluru menuju ke Bakam akan ditutup sementara mulai 10 hingga 21 September ini. Foto JKR Miri

BEKENU: Separuh Jalan Pesisiran Pantai Bekenu yang membabitkan kawasan Jambatan Sungai Keluru menuju ke Bakam akan ditutup sementara mulai 10 hingga 21 September ini.

Menurut kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR) Miri hari ini, penutupan sementara separuh jalan itu adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan dan menaik taraf permukaan jalan raya di kawasan berkenaan.

Kerja-kerja pembinaan di kawasan itu akan dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang setiap hari.

Sehubungan itu, para pengguna jalan raya dinasihatkan supaya lebih berhati-hati, mematuhi arahan papan tanda keselamatan serta mengatur perjalanan masing-masing bagi mengelakkan kesesakan dan kejadian tidak diingini.

Untuk maklumat lanjut berkaitan aliran trafik sepanjang tempoh kerja berlangsung, orang ramai boleh menghubungi Pejabat JKR Bahagian Miri di talian 085-442244 pada waktu pejabat.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Lawas tangkap anak biawak sembunyi di siling rumah penduduk
Next: MPS arah lima premis makanan di Sibu lakukan pembersihan segera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.