Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dua beranak dilaporkan hilang ketika menangkap ikan di perairan Kabong, cuaca buruk
  • Tengah
  • WILAYAH

Dua beranak dilaporkan hilang ketika menangkap ikan di perairan Kabong, cuaca buruk

Utusan Sarawak 2 days ago
ANGGOTA penyelamat sedang giat menjalankan SAR bagi mencari dua beranak yang dilaporkan hilang selepas keluar menangkap ikan di perairan Kabong. Foto Bomba Zon 3 Sarawak

KABONG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan bagi mengesan dua beranak yang dilaporkan hilang selepas keluar menangkap ikan di perairan Kabong, semalam.

Menurut Ketua Bomba Zon 3 Sarawak, Muhammad Rais Adham Rosalan, mangsa dikenali sebagai Tuah Bujang, 57 tahun, bersama anaknya, Aiman Tuah, 24 tahun, dilaporkan keluar ke laut sekitar 2.00 petang semalam.

Bagaimanapun, pada 5.00 petang, keadaan cuaca buruk dengan hujan lebat serta laut bergelora menyebabkan kedua-dua mangsa gagal dihubungi.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Kabong pada pagi tadi sekitar 6.49 pagi, sebelum SAR digerakkan dengan kekuatan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok diketuai Pegawai BomBa Kanan l, Nasir Drahman.

“Pasukan SAR tiba di Jeti Kabong pada 12.05 tengah hari dan menubuhkan Pos Kawalan Operasi Bomba (PKOB) bagi penyelarasan gerakan. 

“Operasi turut dibantu Polis Diraja Malaysia (lima anggota), Pasukan Bomba Sukarela (10 anggota) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (enam anggota).

“Setakat ini, kedua-dua mangsa masih belum ditemui dan SAR diteruskan,” kata Rais.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JPJ beri nasihat keselamatan jalan raya kepada pelajar SMK Bekenu
Next: Dato Wee Hong Seng slams DAPSY for cheap publicity

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.