Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JPJ beri nasihat keselamatan jalan raya kepada pelajar SMK Bekenu
  • Utara
  • WILAYAH

JPJ beri nasihat keselamatan jalan raya kepada pelajar SMK Bekenu

Utusan Sarawak 2 days ago
PERIKSA… Anggota JPJ kelihatan memeriksa motosikal para pelajar SMK Bekenu yang diletakkan di kawasan luar sekolah, pagi tadi.

BEKENU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turun padang bagi memberi nasihat kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bekenu mengenai kepentingan mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan diri mereka.

Menurut pihak sekolah, kehadiran pegawai JPJ bukan bertujuan untuk mengeluarkan saman, sebaliknya memberi teguran serta nasihat agar para pelajar mengubah suai motosikal mereka kepada keadaan asal.

“Antara aspek yang ditekankan termasuk pemasangan cermin sisi, nombor plat mengikut spesifikasi, brek hadapan dan belakang yang berfungsi, tayar standard serta penggunaan ekzos yang mematuhi piawaian.

“Setakat ini, walaupun banyak kesalahan dikesan, tiada saman dikeluarkan. Sebaliknya, hanya nasihat dan teguran diberikan demi kebaikan anak-anak kita. Kita sebagai ibu bapa juga perlu menunjukkan teladan dengan mematuhi peraturan jalan raya,” katanya.

Tambah beliau, lawatan berkenaan dijalankan pada waktu rehat bagi memastikan sesi pembelajaran pelajar tidak terganggu.

Jelasnya lagi, tujuan utama kehadiran JPJ adalah untuk mendidik pelajar agar berdisiplin, berilmu, serta sentiasa mengutamakan keselamatan di jalan raya.

Tujuan utama JPJ ialah mendidik anak-anak agar beradab, berilmu dan sentiasa mementingkan keselamatan di jalan raya, jelasnya.

Utusan Sarawak difahamkan JPJ turut mengadakan sekatan jalan raya berdekatan Simpang Bungai (Simpang SMK Bekenu) di Jalan Persisiran Pantai Miri Bintulu dua hari berturutan bermula sekitar 6.00 pagi.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penutupan, lencongan jalan sempena Perarakan Maulidur Rasul di Miri dan Subis
Next: Dua beranak dilaporkan hilang ketika menangkap ikan di perairan Kabong, cuaca buruk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.