Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Florida rancang hapuskan kewajipan vaksin, cetus kritikan
  • GLOBAL

Florida rancang hapuskan kewajipan vaksin, cetus kritikan

Utusan Sarawak 2 days ago
PAKAR bedah Florida berkata negeri sedang bergerak untuk ‘menamatkan semua mandat vaksin’Florida bergerak untuk “menamatkan semua mandat vaksin” di negeri itu, kata Pakar Bedah Florida Joseph Ladapo pada sidang akhbar pada hari Rabu.

NEW YORK: Florida pada Rabu mengumumkan rancangan untuk menghapuskan kewajipan vaksin peringkat negeri termasuk bagi pelajar sekolah, sekali gus menjadi negeri pertama berbuat demikian, lapor Xinhua.

Ketua Pakar Bedah Negeri Florida, Joseph Ladapo berkata dalam sidang akhbar bahawa syarat vaksinasi di sekolah ketika ini menyekat keupayaan ibu bapa membuat keputusan kesihatan untuk anak-anak mereka.

Langkah itu bakal menjadikan Florida negeri pertama di Amerika Syarikat (AS) yang menarik diri sepenuhnya daripada amalan yang sebelum ini dikreditkan dengan meningkatkan kadar vaksinasi dan mengurangkan risiko penularan penyakit berjangkit.

Pengumuman itu mencetuskan kritikan daripada pakar serta pegawai kesihatan awam.

“Menghapuskan kewajipan vaksin adalah tindakan cuai dan berbahaya.

 “Ini adalah bencana kesihatan awam yang sedang terbentuk di Florida,” kata Ahli Dewan Perwakilan Demokrat, Anna Eskamani di platform media sosial X.

Beliau memberi amaran ia boleh mencetuskan wabak penyakit yang boleh dicegah.

“Ini tidak masuk akal. Florida sudah pun mempunyai pengecualian perubatan dan agama yang luas bagi vaksin kanak-kanak, jadi mana-mana keluarga yang benar-benar menolak vaksinasi boleh memilih untuk tidak mengambilnya,” kata pemimpin Demokrat Senat Florida Lori Berman dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengarah Pusat Pendidikan Vaksin di Hospital Kanak-Kanak Philadelphia, Paul Offit memberitahu The Washington Post bahawa penyakit campak dijangka kembali menular.

“Penyakit berjangkit lain juga akan menyusul. Ini langkah luar biasa yang hanya akan meletakkan anak-anak kita dalam risiko yang tidak perlu,” kata beliau.– Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Demo di Jakarta: Pegawai polis dipecat susulan kematian penunggang Ojek
Next: Shein terpalit kontroversi foto suspek bunuh di platform jualannya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.