
BBP Mukah
MUKAH: Seekor buaya sepanjang satu meter berjaya ditangkap oleh pasukan bomba di parit berhampiran tapak Pesta Kaul Mukah pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah, Nicholas Belulin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan reptilia itu daripada seorang pengadu pada 7.06 pagi.
Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah bergegas ke lokasi kejadian.
“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) sampai di lokasi kejadian didapati seekor buaya sepanjang satu meter dalam parit.
“Komander Operasi (KO) mengarahkan anggota penyelamat menggunakan tali penyelamat untuk menjerat mulut buaya dan berjaya ditangkap,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Katanya, reptilia tersebut diserahkan kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) untuk tindakan selanjutnya.
Operasi membabitkan enam anggota itu ditamatkan pada 7.29 pagi selepas keadaan disahkan terkawal.
Oleh Akun Giman