Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Masakan ditinggalkan punca asap tebal cemaskan penduduk
  • KEBAKARAN

Masakan ditinggalkan punca asap tebal cemaskan penduduk

Utusan Sarawak 2 days ago
KEADAAN dapur selepas insiden berpunca daripada masakan yang ditinggalkan tanpa pengawasan. Foto BOMBA

SIBURAN: Sebuah insiden melibatkan kepulan asap keluar dari sebuah unit kediaman di Blok L, PPR Batu Gong di sini pagi tadi berjaya dikawal tanpa sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan pada struktur bangunan.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan, PBK I Shaiful Ismail Othman, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.45 pagi dan segera bergegas ke lokasi kejadian dengan kekuatan lapan anggota, menggunakan satu jentera CFRT dan satu unit EMRS.

Sebaik tiba di lokasi, pemeriksaan mendapati insiden hanya melibatkan masakan yang ditinggalkan tanpa pengawasan, menyebabkan kepulan asap memenuhi ruang kediaman. Bagaimanapun, tiada sebarang kebakaran aktif atau kerosakan struktur dilaporkan.

“Tiada operasi pemadaman dilakukan kerana api telah padam sepenuhnya sebelum ketibaan pasukan bomba. Selepas memastikan keadaan selamat, anggota kembali semula ke balai,” katanya dalam kenyataan.

Insiden tidak melibatkan sebarang mangsa, dan tiada pemindahan dilakukan.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Gereja BEM Bakas Sibuti terbakar hampir 80 peratus struktur musnah
Next: Gudang wayar dan perkakas elektrik di Bintulu nyaris musnah dalam kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.