Sarawak sasar buka pejabat STATO di Pontianak pada 2026

Facebook
WhatsApp
DATUK Amar Awang Tengah Ali Hasan ketika ditemui media selepas menghadiri Program Jangkauan Komuniti PKS, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak (STATO) di Pontianak, Indonesia dijangka mula beroperasi pada 2026.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata buat masa ini pihaknya masih meneliti beberapa kawasan sesuai untuk penubuhan pejabat tersebut.

“Saya sendiri telah pergi melihat beberapa bangunan sesuai dan strategik yang dapat kita gunakan sebagai pejabat kita di sana (Pontianak).

“Buat masa ini masih lagi dalam penilaian dan kita harap kita dapat buka pejabat itu selewat-lewatnya tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Jangkauan Komuniti PKS, di sini, hari ini.

Buat masa ini Sarawak mempunyai dua pejabat STATO iaitu di Brunei dan Singapura.

-Bernama