Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak pacu revolusi tenaga hijau, bakal eksport hidrogen pepejal ke Singapura
  • TEMPATAN

Sarawak pacu revolusi tenaga hijau, bakal eksport hidrogen pepejal ke Singapura

Utusan Sarawak 3 days ago
 PREMIER Sarawak bercakap ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Perasmian SAREF 4.0 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

KUCHING: Rancangan kerajaan Sarawak untuk mengeksport hidrogen ke Singapura dalam bentuk pepejal akan dilaksanakan dalam masa dua bulan ini kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut beliau, persetujuan telah dicapai Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) yang mempunyai kepentingan dalam projek berkenaan dengan sebuah syarikat di Singapura untuk tujuan eksport tersebut.

Bagaimanapun, Premier Sarawak menjelaskan bahawa jumlah hidrogen yang bakal dieksport belum dapat dipastikan pada peringkat ini kerana maklumat mengenai berat atau kuantiti sebenar yang akan dihantar ke Singapura masih belum diketahui.

“Hidrogen yang dieksport bukan dalam bentuk gas atau cecair seperti kebiasaan, sebaliknya dalam bentuk pepejal yang dikenali sebagai magnesium hydride.

“Prosesnya adalah magnesium hydride ini dihantar ke Singapura dan kemudian dicairkan untuk menghasilkan hidrogen bagi kegunaan mereka,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Perasmian SAREF 4.0 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Beliau menegaskan walaupun jumlah sebenar eksport pada peringkat awal belum dapat dipastikan, perkara paling penting ialah kejayaan Sarawak mengeluarkan hidrogen dalam bentuk berbeza.

“Apa yang penting adalah kita dapat mengeluarkan hidrogen dalam bentuk solid dan ini membuktikan kemampuan Sarawak dalam teknologi tenaga baharu,” ujarnya.

Langkah tersebut menandakan perkembangan besar dalam usaha Sarawak membangunkan ekonomi hidrogen serta memperkukuh kedudukan negeri itu sebagai peneraju tenaga hijau di rantau ini.

Oleh Masrin Affirah dan Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Hampir seluruh Sarawak kini nikmati bekalan elektrik 24 jam
Next: Sarawak bakal terajui tenaga bio di rantau ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.