Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kes hasutan: Polis kenal pasti pemilik dua akuan TikTok
  • JENAYAH

Kes hasutan: Polis kenal pasti pemilik dua akuan TikTok

Utusan Sarawak 3 days ago

KUALA LUMPUR: Polis telah mengenal pasti pemilik dua akaun TikTok disyaki terbabit dalam penyebaran hantaran berunsur hasutan dan dakwaan tidak benar yang ditularkan di media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata akaun berkenaan ialah Muhammad Zamis Shah @zamis88_shah98_sikacau yang membuat hantaran mengenai kematian Zara Qairina Mahathir dan Monkey Dnaga yang mengaitkan Perdana Menteri dengan Israel.

“Kertas siasatan terhadap dua kes ini telah dibuka. Pemilik akaun telah dikenal pasti dan tiada sebarang kaitan antara mereka. Usaha mengesan suspek kini giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian D5 JSJ Bukit Aman mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kumar menegaskan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap individu membuat, memuat naik, berkongsi dan menyebarkan hantaran berunsur hasutan, berita palsu atau kandungan yang boleh menimbulkan kegusaran awam serta menggugat keharmonian masyarakat.– Bernama

Continue Reading

Previous: Man jailed for arson and theft in Kota Sentosa and Batu Kawa
Next: Phone scam victim in Bintulu loses RM450,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.