KUCHING: Projek pembangunan semula Sekolah Kebangsaan Senari dijangka siap sepenuhnya pada 9 Julai 2022 dengan anggaran kos sebanyak RM7 juta.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, projek ini telah dimulakan pada 10 Julai 2020.
“SK Senari adalah sebuah sekolah yang dibangunkan semula di bawah peruntukkan RM1 bilion yang dibiayai Kerajaan Sarawak,” katanya ketika berucap dalam Sesi Perbincangan Projek Pembangunan Semula Sekolah Daif Di Negeri Sarawak di SK Senari, baru-baru ini.
Tambahnya, skop kerja sekolah berkenaan melibatkan pembangunan semula bangunan pentadbiran, sokongan dan kuarters.
“Dengan adanya bangunan baharu ini akan meningkatkan lagi kualiti pendidikan akademik anak-anak Kampung Senari,” ujarnya.
Oleh Nur Ain Otsman