Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Isak mahu lakar sejarah, menang trofi bersama Liverpool
  • SUKAN

Isak mahu lakar sejarah, menang trofi bersama Liverpool

Utusan Sarawak 5 days ago

Alexander Isak di dalam bilik persalinan Liverpool selepas mengesahkan perpindahan dari Newcastle. Dia menyarung jersi nombor 9 yang ditinggalkan Darwin Nunez. – Foto liverpoolfc.com

LONDON: Penyerang Liverpool, Alexander Isak berikrar untuk mencipta sejarah bersama juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu selepas melengkapkan perpindahan bernilai rekod Britain £125 juta (RM715 juta) dari Newcastle awal pagi tadi.

Isak bersetuju dengan kontrak enam tahun bersama The Reds selepas Newcastle akhirnya menerima tawaran baharu yang dipertingkatkan menjelang tarikh akhir jendela perpindahan EPL.

Kehadiran penyerang berusia 25 tahun itu di Anfield meningkatkan lagi jangkaan Liverpool akan mengharungi era dominasi dan Isak gembira untuk memikul tanggungjawab itu.

“Saya rasa ia adalah gabungan apa yang kelab ini sedang bina, tetapi juga apa yang mereka bina berasaskan identiti kelab ini sendiri. Sejarah kelab ini. Saya mendapat peluang untuk menjadi sebahagian daripadanya, saya mahu melakar sejarah,” kata Isak.

“Saya mahu memenangi trofi. Itulah motivasi terbesar saya.

“Saya rasa inilah tempat yang sempurna untuk saya terus berkembang, melonjak permainan saya ke tahap seterusnya dan membantu pasukan.”

Skuad kendalian Arne Slot sebelum ini membuat tawaran £110 juta (RM629 juta) yang ditolak Newcastle bulan lalu, tetapi kesungguhan Isak untuk memaksa perpindahan akhirnya berhasil selepas kemelut itu semakin tegang.

Isak memaklumkan kepada Newcastle dia mahu meninggalkan kelab dan menghabiskan sebahagian pramusim berlatih bersendirian di bekas kelabnya Real Sociedad berbanding menyertai pasukan kendalian Eddie Howe.

Dia turut diketepikan daripada jelajah pramusim Newcastle di Asia dengan alasan mengalami kecederaan paha dan menuduh pengurusan kelab itu melanggar janji mereka dia boleh berpindah sekiranya menerima tawaran sesuai daripada kelab besar.

Howe berulang kali menyatakan keinginannya untuk mengekalkan Isak, yang meledak 27 gol dalam 42 penampilan musim lalu.

Jaringan Isak membantu Newcastle layak ke Liga Juara-Juara serta menamatkan kemarau trofi 56 tahun dengan kejayaan menewaskan Liverpool pada final Piala Liga.

Namun langkah Newcastle mendapatkan penyerang Stuttgart, Nick Woltemade Sabtu lalu membuka jalan buat penyerang Sweden itu melengkapkan perpindahan impiannya.

“Ia memang musim panas yang panjang, tetapi saya hanya mahu menumpukan ke hadapan, bukan lagi pada masa lalu,” kata Isak.

“Semuanya sudah selesai dan saya kini boleh kembali melakukan perkara yang paling saya cintai. Saya benar-benar tidak sabar. Saya mahu memenangi segala-galanya.”

Perpindahan Isak ke Anfield menjadikan jumlah perbelanjaan Liverpool bagi pemain baharu mencecah sekitar £416 juta (RM2.38 bilion) sejak berakhirnya musim lalu. – AFP

Continue Reading

Previous: Spurs sambar Kolo Muani secara pinjaman
Next: United ikat Lammens dengan yuran perpindahan RM120 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.