Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Spurs sambar Kolo Muani secara pinjaman
  • SUKAN

Spurs sambar Kolo Muani secara pinjaman

Utusan Sarawak 5 days ago

Randal Kolo Muani. Foto AFP

LONDON: Tottenham mengumumkan mereka mendapatkan khidmat Randal Kolo Muani secara pinjaman semusim dari Paris Saint-Germain (PSG).

Penyerang berusia 26 tahun itu menyertai PSG dari Eintracht Frankfurt pada awal kempen 2023-24 tetapi gagal menyerlah di ibu kota Perancis.

Dia menghabiskan separuh kedua musim lalu secara pinjaman di Juventus dan berjaya menjaringkan 10 gol dalam 22 penampilan bersama kelab Itali itu.

Spurs berkata mereka gembira mengumumkan perpindahan itu pada hari akhir jendela perpindahan, tertakluk kepada kelulusan antarabangsa dan permit kerja.

“Saya benar-benar gembira dan amat berbangga berada di kelab hebat ini,” kata Kolo Muani dalam satu kenyataan kelab.

“Saya tidak sabar untuk bertemu rakan sepasukan, semua penyokong dan turun beraksi di padang.

“Saya tahu apa yang jurulatih harapkan daripada saya. Saya akan berjuang keras untuk jersi ini, kelab dan penyokong. Saya akan memberikan segala-galanya untuk pasukan ini.”

Pengurus baharu Spurs, Thomas Frank berkata: “Randal adalah pemain berkualiti yang sudah membuktikan dirinya selama beberapa tahun, bermain bersama pasukan besar dalam Liga Juara-Juara dan juga berpengalaman dengan skuad kebangsaan Perancis.

“Dia berada pada usia terbaik dalam kariernya, mempunyai kualiti yang sesuai dengan kami dan juga Liga Perdana, serta memberi kami pilihan berbeza di bahagian serangan dengan kemampuannya beraksi di bahagian sayap dan juga penyerang tengah.”

Tottenham, juara Liga Europa musim lalu, akan menentang PSG di tempat lawan dalam saingan Liga Juara-Juara pada November ini. – AFP

Continue Reading

Previous: Isak sah milik Liverpool, Palace batal jual Guehi saat akhir
Next: Isak mahu lakar sejarah, menang trofi bersama Liverpool

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.