Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Transaksi SARA cecah RM110 juta dalam dua hari
  • SEMASA

Transaksi SARA cecah RM110 juta dalam dua hari

Utusan Sarawak 1 day ago
ORANG ramai memanfaatkan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 dengan membeli barangan keperluan harian semasa tinjauan di pasar raya hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Transaksi Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mencecah RM110 juta dalam tempoh dua hari pelaksanaannya bermula semalam.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF), hingga 9.30 malam tadi, lebih 900,000 rakyat telah menyempurnakan perbelanjaan berjumlah RM60 juta di seluruh negara.

“Secara keseluruhan, lebih 1.7 juta penerima berjaya berbelanja dalam tempoh dua hari, dengan nilai jualan mencecah RM110 juta di seluruh negara,” menurut kenyataan itu, malam ini.

Menurut MOF, peningkatan kapasiti sistem yang dilaksanakan MyKasih susulan ledakan transaksi semalam membolehkan 20 peratus lebih banyak transaksi diproses pada hari kedua.

Bagaimanapun, sistem masih mencatatkan kesesakan pemprosesan di beberapa lokasi, termasuk pasar raya besar di bandar ketika waktu puncak antara 1.00 tengah hari hingga 2.30 petang.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tiada rakyat Malaysia di Pakistan terjejas susulan gempa bumi di Afghanistan
Next: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Pesuruhanjaya Tinggi British ke Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.