Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 151 tahanan warga Indonesia dihantar pulang ke negara asal
  • JENAYAH

151 tahanan warga Indonesia dihantar pulang ke negara asal

Utusan Sarawak 6 days ago
PULANG… Seramai 151 tahanan warganegara Indonesia yang ditahan di Depot Imigresen Bekenu, Miri telah dihantar pulang ke negara asal yang dilakukan di Pos Kawalan Imigresen Tebedu-Entikong semalam. Foto Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak
 

MIRI: Seramai 151 tahanan warganegara Indonesia yang ditahan di Depot Imigresen Bekenu, di sini telah dihantar pulang ke negara asal, semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak, pemindahan warganegara Indonesia itu telah dilakukan di Pos Kawalan Imigresen Tebedu-Entikong pada 7.45 malam semalam.

Katanya, pemindahan itu terdiri daripada 109 lelaki dewasa, 33 wanita, 8 kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan yang ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.

“Bagi memastikan kelancaran operasi, seramai 14 pegawai imigresen telah ditugaskan sebagai pasukan iring kawal.

DI SEMPADAN… Pasukan penghantaran telah diketuai oleh TPPI Felicia Bangau Tambi, pemindahan tahanan ini dilaksanakan secara bersepadu mengikut SOP JIM dengan kerjasama agensi berkaitan di sempadan. Foto Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

“Pasukan ini diketuai oleh TPPI Felicia Bangau Tambi, dengan sokongan logistik terdiri daripada sebuah kenderaan pacuan empat roda, sebuah Toyota Hiace dan empat bas penumpang,” jelasnya.

Tambah beliau, pemindahan tahanan ini dilaksanakan secara bersepadu mengikut prosedur operasi standard (SOP) JIM dengan kerjasama agensi berkaitan di sempadan.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Sindiket seludup diesel guna kapal haram tumpas di Miri
Next: 19 motosikal disita, 149 saman dikeluarkan dalam Operasi Samseng Jalanan di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.