Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pearly-Thinaah cipta sejarah, beregu wanita pertama rangkul pingat kejohanan dunia
  • SUKAN

Pearly-Thinaah cipta sejarah, beregu wanita pertama rangkul pingat kejohanan dunia

Utusan Sarawak 1 month ago
BEREGU wanita utama negara Pearly Tan-M.Thinaah mara ke pusingan separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris hari ini.

KUALA LUMPUR: Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M.Thinaah mara ke pusingan separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris hari ini, sekali gus mencipta sejarah beregu wanita pertama merangkul pingat di kejohanan berprestij itu.

Pada aksi suku akhir berlangsung di Adidas Arena, pasangan nombor dua dunia itu memastikan pingat gangsa sekurang-kurangnya dalam genggaman, selepas mudah mengetepikan cabaran adik-beradik Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva dari Bulgaria.

Pearly-Thinaah meraih kemenangan set pertama dengan mata 21-15, sebelum meneruskan momentum dengan melengkapkan kemenangan set kedua 21-10.

Keputusan itu turut memadam duka lama selepas kedua-dua mereka terkandas di suku akhir pada edisi 2023 di Copenhagen, Denmark.

Menanti mereka di separuh akhir Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun, yang mara selepas menewaskan Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong dari Korea Selatan 21-17 dan 21-14.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Kejohanan Dunia 2025: Tang Jie-Ee Wei akhiri penantian hampir dua dekad beregu campuran ke separuh akhir
Next: Proses naturalisasi Jordan Mintah lulus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.