Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Teknologi imbasan kod QR dicadang atasi kesesakan di sempadan Sarawak
  • SEMASA

Teknologi imbasan kod QR dicadang atasi kesesakan di sempadan Sarawak

Utusan Sarawak 3 weeks ago
LAWATAN… Datuk Makhzan Mahyuddin tiba di ICQS Sungai Tujoh, Miri ketika lawatan kerja rasmi selama dua hari ke Sarawak bagi meninjau isu kesesakan di pintu masuk antarabangsa Sarawak, Malaysia–Brunei Darussalam, semalam.

MIRI: Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Makhzan Mahyuddin telah mengadakan lawatan kerja rasmi selama dua hari ke Sarawak bagi meninjau isu kesesakan di pintu masuk antarabangsa Sarawak, Malaysia–Brunei Darussalam, semalam.

KDN akan terus bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk kelancaran pergerakan di sempadan dan langkah-langkah proaktif akan diambil bagi menangani isu kesesakan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Menurut kenyataan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak, lawatan itu memberi tumpuan kepada persediaan pengambilalihan kawalan sempadan oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

​Katanya, hari pertama  paada 26 Ogos lalu, Datuk Makhzan telah melawat beberapa Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) termasuk IQS Merapok, ICQS Mengkalap dan ICQS Pandaruan.

“Sesi lawatan ini bertujuan untuk memahami secara langsung operasi harian serta cabaran yang dihadapi oleh para petugas di lokasi-lokasi tersebut.

​”Lawatan diteruskan hari kedua, kunjungan ke Kampung Pendam, Limbang sebelum melawat ICQS Tedungan.

“Perhentian seterusnya ke ICQS Sungai Tujoh, Miri, di mana beliau meneruskan agenda yang sama iaitu meneliti isu-isu operasi dan kesesakan,” jelas kenyataan tersebut.

LAWATAN… Datuk Makhzan Mahyuddin tiba di ICQS Sungai Tujoh, Miri ketika lawatan kerja rasmi selama dua hari ke Sarawak bagi meninjau isu kesesakan di pintu masuk antarabangsa Sarawak, Malaysia–Brunei Darussalam, semalam.

Tambahnya, kunjungan tersebut penting memandangkan kedua-dua pintu masuk ini merupakan laluan utama bagi pergerakan rentas sempadan yang tinggi terutamanya pada musim percutian dan cuti umum.

​”Sepanjang lawatan, Datuk Makhzan telah diberikan taklimat terperinci mengenai operasi harian di setiap ICQS, termasuk kekuatan pegawai dan aset yang sedia ada.

“Beliau juga mengadakan sesi soal jawab bersama pegawai-pegawai bertugas untuk memahami cabaran-cabaran yang dihadapi di lapangan.

“Maklumat ini penting untuk merangka strategi yang lebih baik, termasuk cadangan penggunaan teknologi baharu seperti aplikasi imbasan kod QR serta menaiktaraf fasiliti bagi mempercepatkan proses pemeriksaan di pintu masuk,” katanya.

Justeru itu, ini membuktikan komitmen KDN dalam memastikan setiap pintu masuk negara beroperasi dengan lebih cekap serta menitikberatkan keselamatan negara.

Hadir sama Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Imigresen, Dr Hebat Hisham Mohd Yusoff serta rombongan pegawai kanan KDN.

Oleh Adum Liu

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: PBT Sarawak ungguli penilaian pembangunan mampan Malaysia
Next: Penjawat awam berkhidmat untuk rakyat, bukan hanya kerajaan – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.