JIM Herman melakukan eagle dan tujuh birdie untuk mencatat tujuh bawah par 63 semalam untuk meraih gelaran Jelajah PGA AS ketiga beliau di Kejohanan Wyndham di Greensboro, Carolina Utara.
Herman menyusuli catatan terendah 61 sepanjang karier beliau dengan satu lagi usaha berkilauan di Sedgefield Country Club, di mana catatan 219 di bawah par 259 memberikannya kemenangan satu pukulan ke atas bekas juara Piala FedEx, Billy Horschel.
Herman melakukan apa yang beliau tinggalkan pada hari Sabtu dengan melakukan birdie 29 kaki di lubang pertama, diikuti dengan birdie di lubang empat dan eagle 60 kaki di lubang lima.
Setelah satu-satunya bogey di lubang enam, dia terus melakukan birdie 14-kaki di lubang 14 dan satu lagi birdie di lubang 13.
Satu lagi birdie di par lima lubang 15 membawanya kepada 20 bawah par.
Tetapi Horschel, yang juga turut melakukan eagle di lubang lima, melakukan birdie kelima beliau di pusingan di lubang 15 untuk mencatat 21 bawah par.
Herman bejaya mendahului dengan melakukan birdie tiga kaki di lubang 17 ketika Horschel mencatat bogey di lubang 16.
Horschel kelihatan seperti boleh melakukan birdie di lubang 12 dan dua lubang terakhir tetapi gagal.
Herman menambah gelaran ketiga daripada dua kejohanan yang dimenanginya di Terbuka Houston 2016 dan Kejohanan Barbasol 2019.
Tetapi apa yang pasti dia tidak menjangka mampu mencatat kemenangan setelah hujung minggu yang sukar di Kejuaraan PGA di Harding Park minggu lalu – atau setelah dia perlu melakukan tiga birdie daripada empat lubang terakhirnya di Sedgefield pada hari Jumaat hanya untuk melepasi cut.
Horschel, yang menyingkirkan Rory McIlroy untuk memenangi Kejuaraan Jelajah 2014 dan merangkul gelaran Piala FedEx tahun itu, mengejar gelaran keenam sepanjang karier beliau.
Pendahulu semalam Kim Si-woo dari Korea Selatan, yang memburu gelaran jelajah ketiga setelah memenangi Wyndham 2016 dan Kejuaraan Pemain 2017, mencatat menyamai par 70 untuk berkongsi tempat ketiga dengan 262 pukulan bersama pemain dari Amerika Syarikat, Kevin Kisner, Webb Simpson dan Doc Redman.
Kisner melakukan 64, Simpson menamatkan pusingan akhir dengan 65 dan Redman mencatat 68. – AFP