Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Hani Nur Zaihanirah dari Sarawak dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Toastmasters
  • SEMASA

Hani Nur Zaihanirah dari Sarawak dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Toastmasters

Utusan Sarawak 13 hours ago
HANI Nur Zaihanirah Zaini dari Kuching, Sarawak mencipta sejarah apabila dipilih sebagai Ahli Lembaga Pengarah Toastmasters International, organisasi pendidikan global terkemuka yang memfokuskan pembangunan kemahiran komunikasi dan kepimpinan.

ENGLEWOOD, Amerika Syarikat: Hani Nur Zaihanirah Zaini dari Kuching, Sarawak mencipta sejarah apabila dipilih sebagai Ahli Lembaga Pengarah Toastmasters International, organisasi pendidikan global terkemuka yang memfokuskan pembangunan kemahiran komunikasi dan kepimpinan.

Hani, yang juga pemegang gelaran Toastmaster Terbilang (DTM) terpilih bagi penggal dua 2025–2027 menerusi Konvensyen Antarabangsa Toastmasters 2025 yang berlangsung di Philadelphia, Amerika Syarikat, dari 20 hingga 23 Ogos. Beliau menjadi wanita pertama dari Sarawak yang memegang jawatan tersebut selepas melalui proses pencalonan global yang ketat.

Hani kini merupakan Pengurus Besar Kumpulan Faradale Holdings di Kuching dengan tanggungjawab merangkumi kepimpinan strategik, pertumbuhan perniagaan, kecemerlangan operasi serta pengurusan pemegang taruh dan pasukan.

Selain itu, beliau turut aktif bersama AZAM Sarawak melalui pelbagai jawatankuasa, menyumbang kepakaran dalam memperkasa pembangunan sosioekonomi dan belia di negeri ini. 

Peranan tersebut merangkumi sokongan terhadap inisiatif strategik, program keterlibatan komuniti dan usaha pembinaan kapasiti yang memperkukuh perkongsian ilmu dan kepimpinan.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Seni Bina dari Universiti Teknologi Sarawak, Hani juga merupakan Bersijil Rakan Kongsi Pemasaran Digital daripada Digital Marketing Institute of Ireland serta jurulatih bertauliah dan diiktiraf.

Beliau menyertai Toastmasters sejak 2013 dan kini menjadi ahli di dua kelab iaitu Kelab Toastmasters AZAM dan Podcast Toastmasters Vivid Voices. Sepanjang penglibatan, Hani memegang beberapa jawatan kepimpinan penting dan telah meraih pengiktirafan Distinguished Toastmaster, tahap pencapaian pendidikan tertinggi dalam organisasi itu.

“Toastmasters ibarat pintu yang membuka versi diri anda yang tidak pernah anda sangka wujud lebih yakin, lebih berupaya dan lebih berani. 

“Di sebalik pintu itu, anda akan temui keyakinan untuk bersuara, kemahiran untuk memimpin dan komuniti yang benar-benar menyokong pertumbuhan anda. 

“Melangkah melalui pintu itu adalah antara keputusan terbaik yang pernah saya buat,” kata Hani.

Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Toastmasters International, Hani akan berperanan sebagai ‘duta kerja’ organisasi, bekerjasama dalam membangunkan, menyokong dan menambah baik dasar serta prosedur yang memacu misi Toastmasters International di seluruh dunia.

Toastmasters International yang diasaskan pada 1924 beribu pejabat di Englewood, Colorado, mempunyai lebih 270,000 ahli dalam lebih 14,000 kelab di 150 negara, termasuk Malaysia.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak tuan rumah PATA 2026, perkukuh peranan serantau
Next: PBT Sarawak ungguli penilaian pembangunan mampan Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.