JORGE Martin dari Sepanyol memenangi Grand Prix Moto2 Austria semalam yang dicemari kemalangan yang turut mencederakan penunggang Moto2 dari Malaysia, Hafizh Syahrin.
Setelah Enea Bastianini terjatuh selepas melalui selekoh, Hafizh terlanggar jentera penunggang dari Itali itu pada kelajuan tinggi sekali gus menyebabkannya melambambung ke udara, menghancurkan motosikalnya.
Syahrin yang cedera dirawat di atas litar dan dikerjarkan ke hospital menggunakan ambulans bersama pasukannya berkata penunggang itu sedar tetapi mengalami kecederaan di bahagian pinggul.
Edgar Pons dan Andi Farid Izdihar turut terjatuh selepas terlangar serpihan yang bertaburan di atas litar.
Perlumbaan akhirnya disambung semula dan dimenangi Martin, juara Moto3 2018. – AFP