Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Bengkel keibubapaan tekankan peranan ibu bapa sebagai pendidik utama
  • PENDIDIKAN

Bengkel keibubapaan tekankan peranan ibu bapa sebagai pendidik utama

Utusan Sarawak 11 hours ago
UNTUK ALBUM… Datuk Ding Kuong Hiing bergambar bersama Joeremy Endang Runggai dan Aleza Rebecca Grin serta hadirin di Dewan Dayang Bai. Foto UKAS

BINTANGOR: Bengkel Kemahiran Keibubapaan Parlimen Sarikei 2025 menekankan peranan ibu bapa sebagai pendidik utama, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing. 

Katanya, bengket tersebut diadakan dengan mempunyai matlamat dan objektif yang jelas iaitu mewujudkan kesinambungan pendidikan awal kanak-kanak di Tabika dan Taska Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas). 

“Pembelajaran tidak hanya berlaku di kelas, tetapi perlu dicorakkan di setiap sudut rumah.

“Guru akan mengajar nilai murni disiplin dan kemahiran asas manakala ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengukuhkan nilai-nilai tersebut di rumah. 

“Pendidikan kesihatan dan pemakanan yang diterapkan di Tabika dan Taska juga perlu disokong oleh ibu bapa melalui penyediaan makanan sihat dan berkhasiat sebagai amalan harian,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian bengkel di Dewan Dayang Bai, baru-baru ini. 

Tambahnya, kejayaan sesebuah bangsa bermula daripada keluarga. 

“Jika akar tunjangnya kukuh, pohonnya akan teguh dan berbuah. Ibu bapa bukan sekadar penjaga, tetapi pendidik pertama dan terpenting dalam kehidupan anak. 

“Kajian telah menunjukkan 80 peratus perkembangan otak kanak-kanak berlaku dalam lima tahun pertama, tempoh yang menentukan intelek, emosi dan sahsiah mereka. 

“Oleh itu, pendidikan awal di Tabika dan Taska Kemas perlu disokong sepenuhnya oleh keluarga di rumah,” katanya. 

Beliau turut menyeru supaya ibu bapa mengelakkan budaya pengambilan makanan tidak sihat untuk anak-anak mereka dan mengutamakan pengambilan makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan sumber protein yang baik. 

“Setiap usaha ini merupakan pelaburan jangka panjang untuk masa depan anak-anak sebagai bakal pewaris negara,” katanya lagi. 

Turut hadir wakil Pegawai Kemas Sarikei, Joeremy Endang Runggai dan Penyelaras Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAK) Kemas Sarikei, Aleza Rebecca Grin.  

Oleh Earl Anek 

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Creativity shines at MPP’s ‘Love Our Environment’ school competition
Next: Petronas dan IKM bantu tingkatkan kemahiran belia luar bandar di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.